Wednesday, March 24, 2010

Wang Hantaran….

Beberapa minggu lepas aku ke 7 Eleven depan opis…sesaja membeli jajan dan jugak roti…semasa masuk ke 7E tu aku lihat 3 org pekerja 7E serta seorang lelaki berborak2…mulanya aku x ambil pusing apa yang mereka borak kan..

Tetapi lama kelamaan aku jd ingin mendengar luahan lelaki tersebut…yaa…cerita apakah itu…itu cerita yang aku selalu bahaskan…bersama kawan2…topiknya adalah “WANG HANTARAN” topic ni selalu menarik minat aku walaupun aku sudah berkahwin…

Yang lelaki tu ada cakap susah nk kwin sekarang mahal sangat wang hantarannya…mn nk sediakan wang hantaran, mn pulak bajet untuk kenduri, mana pula bajet nk mulakan hidup baru..ya..aku sokong…bagi aku wang hantaran pada zaman kini semakin meningkat…membebankan pihak lelaki…dan mula lah terjadinya maksiat di dunia ini…

Pada zaman kini mak bapak mengukur wang hantaran dengan kelayakkan akademik anak perempuannya…ada yang berkata begini..” anak saya ada diploma..jadi wang hantarannya mestilah..rm 10,000.00..” wow….nk kawin kena pki diploma ker?????? Aku jadi jelak…itu nasib baru ada diploma klu anak dara dia ada degree…brapa agaknya harga diri anak dia…walhal w.pun anak mempunyai diploma anaknya hanya bekerja sebagai kerani…dan bakal menantunya bukan lah dikalangan pegawai… tiadakah rasa terbeban bagi pasagan muda ini…cerita ini berlaku dikalangan yang aku kenal…bukan rekaan aku semata2…

Aku betul2 x suka bila makbapak meletakkan harga bagi seorang anak perempuan ..seumpama menjual anak…ada juga mengatakan ..ooo..skrg ni harga sume mahal..bawang mahal, gula mahal, minyak mahal…set katil almari pun dh berapa ribu…sbb tu la kami nk ltk harga sekian2…….adui…susah……klu x mampu nk kenduri kendara besar2an cukup la buat sekadar yang mampu..buat yang mana wajib..yang penting ijab dan Kabul…dan juga majlis yang dirahmatiNYA…

Aku??????? adikberadik aku kesemuanya 6 orang perempuan dari sulung smpi no. 6 adalah perempuan…dari 7 hingga 9 lelaki..tetapi alhamdullilah……kesemua kami 6 beradik perempuan sudah pun berumahtangga..Cuma 3 lelaki masih lagi muda dan masih mencari ilmu…Setakat yang aku tahu kedua ibubapa aku tidak pernah meletakkan harga bagi seorang anak perempuannya…menerima sekadar yang diberi…dari kakak aku yg hanya mempunyai SPM hinggalah anak yang mempunyai DEGREE seorang pun tidak pernah diletakkan harga jika memasing dh berkenan ibubapa hanya lah org tengah utk menyatukan kami…yang penting nasihat mak bonda nk cari pasangan hidup carilah orang yang tidak tinggal sembahyang...itu yang paling penting....dan bagi aku aku tambah 1 lagi ciri yang perlu ada..ialah hendaklah tidak merokok...2 ciri tu yang aku cari..alhamdullilah aku ketemu dengan pasangan hidup aku menepati kehendak aku n makbonda...

Aku sendiri semasa rombongan mak & abah merisik aku..pernah ditanya berapa hantaran yang diletakkan…dengan cepatnya ibubapa aku menjawab…biarlah budak2 uruskan dia yg nak kawin kte ni Cuma jalankan…senang begitu..dan aku sendiri tidak pernah meletakkan wang hantaran aku… bagi aku biarlah suami aku ikhlas memberi..aku terima seadaanya,….sekadar kemampuan suami aku…yang penting kami bahagia hingga akhir hayat…

Tuesday, March 23, 2010

Si Pengutip Besi Buruk..

Pada Sabtu lepas mak mertua aku menunggu orang utk menjual perkakas besi buruk yang x berguna lagi..itupun setelah mak mengemas kawasan belakang rumah. Nak dijadikan cerita maka tengah hari sabtu lepas lalu la..seorang abang yang selalu mengutip besi @ apa saja yg boleh dijual kelak dari rumah ke rumah…

Alkisahnya bermula apabila mak memanggil dia…masa tu aku tgh membasuh..yayak si humaira di paip depan rumah. Mak berkata ni sume besi buruk….dh x pakai..brapa yer klu amik..si pengutip besi buruk tu pun menjawab…ok mak cik sy tgk dulu brapa blh sy byr …klu mak cik setuju sy amik…tp………..aku tgk dia asing2kan then terus masuk dalam motosikal yang ada tmpt letak barang (mtr roda 3..) tanpa berkata jumlah yg nk dibayar n tanpa persetujuan mak…siap dia kata klu timbang ni blum tentu depa tmbang betul…aku diam x campur urusan mereka…lama jugak dalam 20 minit gitu…then akhir sekali dia dh siap punggah yng mana boleh masuk dlm bakul mtr roda 3..terus dgn sopan dia kata “mak cik yg ni sy hantar dulu…yang kt tepi tu…biar dulu sekejap lagi sy dtg amik…ok” sambil senyum…aku mendengar dengan jelas..

Tup2 smpi ke hari ini pengutip besi itu x muncul2..mula tu aku igt dia jauh…tp ptg tu x dtg jugak…last2 smpi hari ini…x jugak muncul….

Dalam hati aku berkata…patutlah ALLAH tidak memberikan kesenangan kepada dia..dia mencari rezeki yang tidak halal…mengambil barang orang begitu saja…aku tidak menghina pekerjaan dia mengutip sisa2 sampah yang masih mendatangkan rezeki pada dia..tetapi caranya yang tidak menghalalkan…rezeki yg dia perolehi…

Bagi aku jika dia tidak mahu membayar berterus terang aje..mak cik sy x beli tp klu mak cik bagi sy ambil…senang kan…….

Wednesday, March 17, 2010

Besday....

17hb Mac 2010...

merupakan hari lahir suami eden yang ter Chenta....yang ke 30 tahun..wah diam x diam dh 30 tahun dah umur sayang aku sorang tu...so seperti biasa la seorang isteri mesti la doakan yang baek2 jer kt suami dia...kan...dan aktiviti seperti tahun lepas iaitu "Special Dinner" x der tahun ni...bukan x der bajet..tp my hubby x nk...so kami tukarkan aktiviti malam ni dengan Mid Night Movie ajer...kena la mid night sebab nk kena pastikan anak dara kami tidur dengan nyenyak...terlebih dahulu

so buat sayang ku yang tersayang....

Happy Birthday...


Monday, March 15, 2010

Aktiviti Hari Sabtu - 6 Mac 2010

Petang sabtu lepas aku n zuha ke rumah Youm...tujuannya sesaja jerk...malamnya youm ajak kami makan di rumahnya..so petang tu..aku bwk Fatin Humaira dan Nur Alysha ke kolam renang yang ada di apartment youm n fiza...jadi la anak itik gembo2 budak 2 orang tu...




Aksi mereka di Kolam renang

malamnya kami teruskan dengan aktiviti makan2 lepak2 sambil tengok TV cerekarama..malam tu tajuk cerekarama "Dalil Cinta" best jugak cerita dia...lawak skit...he he he...

Sesambil tu kami celebrate besday syah..actually esday syah pada 7/2 tp mmg lambat skit mula nya plan nk sambut kt Langkawi oleh kerana zuha x join p langkawi kami celebrate je kt umah youm...ni pun dh petang br terpk nk beli kek bagai...tapi malam tu org umah syah n ank dia x dapat join sebab blk penang...

anyway hepi besday syah yang ker 30 tahun....


syah tengah potong kek...dia mmg sporting...


Ini la kami....berposing lepas potong kek..then acara diteruskan dengan aktiviti makan kek dan tengok TV dan menghabiskan makanan atas meja...simple menu...tp kenyang sangat... terima kasih pada pasangan youm n Fiza....siap tapau makanan bwak balik..itu kami nyer rutin...x abis makan sume tapau skit sorang wat blk...aku malam tu just bawak brownies sebagai buah tangan ke rumah depa..



Fatin Humaira keesokkan paginya...lepas mandi..x sikat rambut terus keluar...anak dara ku mmg jarang bersikat rambut....