Wednesday, December 30, 2009

Selangkah 2010....

Esok sehari lagi 2009 selepas itu kita akan melangkah ke tahun baru 2010..apa yang aku capai 2009..sebenarnya semasa melangkah masuk tahun 2009 aku tidak ada list apa yang aku target pada 2009. aku hanya mengikut flow..begitu la kelaziman aku....sejak dari dulu...cuma sesekali ada juga yang aku planning...kekadang menjadi kekadang tidak...

2010 akan menjelma lusa tp aku still seperti biasa tiada planning yang specific...yang aku tahu Feb 2010 aku akan bercuti ke Langkawi...itu telah aku planningkan dari pertengahan tahun ini...dh semua sudah dibooking. Percutian bersama keluarga aku biasa itu perkara yang akan aku fikirkan dahulu...every year itu yang akan ada dalam schedule kehidupan keluarga kami. atleast setahun sekali kami akan bercuti. tidak panjang hanya 3hari 2 malam sudah mencukupi...asalkan masa itu penuh dengan kualiti. itu la masa kami menghabiskan masa bersama dengan kualiti. bagi aku percutian itu penting bagi semua orang...x kira percutian yang mewah ataupun mengikut bajet...asalkan dpt membahagiakan semua orang....

Tahun depan juga dari bertiga insyaallah kami akan berempat...Fatin Humaira akan mendapat adik x lama lagi. 6 bulan lagi Fatin Humaira akan bergelar kakak... pada umur dia 3 tahun. Insyaallah adiknya juga akan dilahirkan pada bulan July...w.pun ini kandungan kedua..aku tetap teruja...tetap memikirkan..bagaimana aku nnt setelah anak 2. mampu kah aku menggalas tanggungjawab itu...terlalu teruja juga tidak sabar sebenarnya...tp dlm masa yang sama aku masih terasa blum puas bermanja dengan Fatin Humaira...Fatin Humaira skrg seumpama tahu sikit masa lagi dia akan berkongsi dgn adiknya..oleh yang demikian skrg perangai manja nya makin menjadi2....mahu 24jam berkepit dengan aku...

Oleh yang demikian 2010 akan ku langkah dengan semangat yang jitu...semoga segala yang aku planning kan secara tidak lngsung akan terlaksana jua...sebenarnya telalu byk yang ingin aku buat dlm 2010 tp biarlah ia berlangsung sedikit demi sedikit mengikut kesesuaian arus masa....

selamat tinggal 2009....

Tuesday, December 1, 2009

Kuching Part 2

Gambar dibawah ni hari ke2 kami di Kuching...jejalan sekitar waterfront jugak india street... Peristiwa yang tidak boleh dilupakan ialah semasa kami breakfast pagi tu...setelah berjalan mencari kedai utk breakfast kami terus ke kedai makan yang mana ada orang tempatan mengatakan kedai dihadapan kami semua milik orang melayu aka orang muslim...lega rasanya..sbb kami kekdg tidak tahu sama ada individu tersebut muslim @ sebaliknya...

Dengan yakinnya kami kekedai yang di tunjukkan...aku memilih untuk merasa Laksa Sarawak yang lain semua makan nasi..bab minuman pula yang menjadi peristiwa kepada kami...sementara ahli keluarga ku mengambil nasik aku hanya menunggu di meja aku lihat ada seorang lelaki yg menunggu dan memerhati meja kami...aku buat derk je...apabila adik n makbonda smpi di meja dia terus dtg n tnya nk minum apa...mak bonda mcm terpingga2 dan merasa sesuatu yg x kena. aku buat x dgr....jer..byk kali dia tnya kami minum apa....last2 dgn rasa berat hati kami order juga air...setelah order diambil dia ambil order air dr uncle seblh...uncle cina...n dia bercakap bahasa cina...kami semua melopong....kemudian dgn cepatnya dia ke belakang...sebelum itu kami dimaklumkan kedai muslim n non muslim adalah bertentangan..maksudnya kedai non muslim di belakang kedai yang kami makan. kami semua berpandangan....confuse serta was-was...siapa kah dia??????

Air sampai...harga air tersebut dibayar. kami x sentuh pun...kemudian mak bonda hendakkan kepastian mak bonda bertnyakan org kedai siapakah gerangannya..confirm dia Non-Muslim..so dengan cepatnya kami mencurah air minuman tersebut ke longkang bersebelahan dengan meja makan....dan kami minta org kedai order air yg lain yg tentunya dari kedai muslim....

Astana seberang sungai.....


Masjid India....


Padang Merdeka...



Inilah barisan kita...yang ikhlas berjuang...



Buah tangan utk ipar duai...



View dari bilik hotel...


Surat khabar sarawak...

Friday, November 20, 2009

Kuching Sarawak - Part 1

Pada 14-16hb November 2009 aku, mak bonda, ayahanda dan adinda azrul eqram berangkat ke Kuching, Sarawak. Percutian kami ini ditaja sepenuhnya oleh adinda aku Azema...adik bawah aku...dari tiket kapal terbang pergi balik hinggalah ke bilik penginapan di hotel dan juga makan minum di tanggung semua oleh azema. Big Thank You pada adinda ku itu moga dapat rezeki yang lebih dan taja lagi percutian aku....azema meminta aku menghantar ayahanda dan bonda juga adinda ke Kuching, kerana dia risau mereka sume semasa proses check in hingga la turun dr flight ke Kuching. oleh itu aku diminta utk menjadi ketua rombongan Cik Limah. Aku pun sebenarnya ini 2nd time naik flight nih...1st ngan MAS...bertahun lamanya dulu...dan ni 1st naik Air Asia...tp atleast aku org muda boleh bertanya jika x tau..x der la blurr sgt...

Disana kami menginap di Hotel Harbour View...berhadapan dengan Kuching Waterfront....kami amik 1 bilik jer..sbb aku suh jimat kos...kami ber5.

Adik, mak bonda & Azima 1st day kt sana. dikedai Kraf...


Seberang Waterfront ayahanda & bonda...


Menu kami...ikan siap bakar...






belakang tu River Bank Suite...



tunggu flight....

Thursday, November 12, 2009

my besday...10hb Nov

Besday aku yg ke 30....aduss dh 30 umur aku rupanya...dh tua ker???...rasanya x tua lg..apa ada pada angka...aku terasa aku seperti dulu...masih muda...ha ha ha...



Kami menunggu hidangan tiba....


Malam besday hubby ku belanja makan Restoren Tupai-Tupai yang famous di KL...hadiah????/ x der hadiah pun..hanya makan2...mungkin aku kena tunggu lg 2 thn br dpt hadiah..sbb yg thn lepas punye hadiah pun selepas tiga tahun dpt hadiah...x perla...janji dia ingat besday aku....


Pandai anak ibu possing


Fatin Humaira yang sudah kekenyangan..

Thursday, October 29, 2009

Janda Baik Part 2

Ni gambar2 malam tersebut dan pagi sebelum kami balik ke KL...so layannnn...........



BBQ Time...hubby ku tukang bakar ayam dan daging...


Milo time...air yang dipanaskan atas bara...





Posing dulu sebelum makan...

Model x bertauliah berposing di Zaini Guest Resort sebelum balik...



K.A.M.I


Konvoi 2 bijik Gen 2



Kami disini pada 17/10/09 - 18/10/09...




Breakfast dulu di kedai makan di Janda Baik sebelum balik KL..



Model durian 2009...




Makan Durian yang dibeli di Janda Baik di tepi highway Selepas tol Gombak di tengah panas...

Monday, October 26, 2009

Janda Baik - Part 1

Cuti deepavali baru2 ni 17/10/09 (sabtu) kami ke Janda Baik, Pahang untuk ber"Camping",,,ini 1st time kami tdo dlm khemah....kami menyewa tapak khemah di Zaini Guest...cantik tempatnya..

Tempat ni dimiliki oleh en Zaini..n wife nyer...org German kot..klu x silap aku baca dalam internet...sempoi jer mereka nih...

Berkhemah disini amat memuaskan kerana terdapat toilet yang bersih, mempunyai Peti sejuk yang boleh dipinjam untuk meletakkan ayam yang telah diperap...mempunyai bangsal tempat memasak siap bersama dapur gas n periuk belanga...amat comfortable...


Sesampainya kami di sini....kami membuat lawatan tapak terlebih dahulu...


Best tempat ni...melintasi parit air...jernih airnya....

Entrance ke Zaini Guest...melintasi...anak sungai..


Sungai di Janda Baik...sejuknya.........



Fatin Humaira n Ibu...



Kay n Zuha..



Jernih air nye..



Ikan yang dipancing....dilepaskan balik..




Natural fish spa at Janda baik...

Saturday, October 24, 2009

Cuti2 Sakit di Hospital Pantai..

Kali ke 2 pada 21/10/09 - 23/10/09 Fatin Humaira dimasukkan ke Hospital Pantai, Ampang...anak ku itu..semacam aktiviti cuti-cuti Malaysia pulak dia...3 hari 2 malam...kami berkampung disana...

kali ini Fatin Humaira dimasukkan ke hospital di sebabkan kekurangan air dalam badan...akibat tidak menyusu...dan juga mendapat jangkitan kuman Kaki Tangan dan Mulut..(HFMD). Sebanyak 5 botol air dimasukkan...sehingga kini fatin humaira masih liat utk menyusu...berat badannya hanya 11.5kg sahaja...

Friday, October 16, 2009

Kerja vs SOHO...

Sebenarnya sudah lama aku memikirkan perkara begini...sudah banyak kali dibincangkan di debatkan dengan kakak ku yang seorang itu...sementelah dia juga berminat untuk berhenti kerja...dan menjalankan SOHO (Small Office Home Office) disamping dapat menjaga anak sendiri...sepenuh masa...

Cuma yang menjadi penghalang aku ialah aku tiada keyakinan diri...banyak yang aku fikirkan dengan keadaan ekonomi keluarga ku yang belum stabil...terlalu banyak implikasi yg aku perlu fikirkan...w.pun hati memberontak ingin berhenti saja...satu lagi masalah ialah aku tidak tahu apakan bentuk pekerjaan yang aku boleh jalankan dirumah nnt...biz apakah yang akan ku jalankan...

pertama dulu aku kepingin membuat biz kek..tetapi tidak tahu cara untuk memasarkannya...online..aku pernah terfikir cara begini cara zaman moden..tetapi kekurangan aku buat masa sekarang aku tiada lap top mahupun internet dirumah..

kedua...aku ingin menjahit...tetapi bidang ini belum memberi keyakinan aku untuk mengambil upah menjahit....kerana dirasakan ilmu dalam bidang jahitan masih lagi cetek...skil masih banyak yang perlu dipertajamkan...

Ketiga cadangan ini diutarakan oleh suami ku..supaya berniaga nasi bungkus pagi...dicadangkan agar aku menjual nasi dagang, nasi berlauk (masakan kelantan..) untuk makan pagi...menarik juga cadangan ini...idea ini diutarakan oleh hubby ku setelah balik raya dari kampung. katanya..nasik dagang makbonda aku buat memang sedap..so dr c2 timbul idea utk berniaga nasi....cadangan ketiga ini sedang aku fikir2kan...ada baiknya juga cadangan ini...aku hanya berniaga didepan rumah hanya sehingga jam 10 pagi...selebihnya aku masih lg boleh meneruskan kegiatan menjahit..dan juga yang lain2.

Pagi td aku sudah menelefon makbonda menyatakan hasrat ku ini, dgn bebesar hati mak bonda setuju untuk memberi tunjuk ajar...siap akan menolong aku dlm masa 2 bulan pertama...cuma ku pinta diberi masa untuk berfikir lagi...makbonda memang berminat dlm biz makanan nih..jd bila ada anak yang berminat...makbonda tersangat la hepi....tetapi masih ada kelemahan aku disini..aku sememangnya tidak pandai memasak...nasi dagang aku hanya tahu makan..seumur hidup ini...dh nk mencecah umur 30 tahun aku belum pernah sekali memasak nasik dagang...

Jadi apakah keputusan aku?????? aku mintak masa hingga ke tahun depan..untuk di fikirkan..sementelah aku skrg masih terikat dengan kerja yang bukan senang untuk aku berhenti dalam masa terdekat...mau bos aku giler meroyan bila aku nk berenti keje.....

hopefully aku dapat membuat keputusan secepat yang mungkin...

Wednesday, October 14, 2009

Beraya...

Gambar ni di amik masa dh smpi di rumah kawan..rumah youm n fiza...dh maghrib time nih...

Baju kurung fatin humaira diberi oleh youm + fiza...sbb baju nih sebenarnya untuk anak mereka si acha..tp di jahit terkecik oleh tukang jahit. oleh yang demikian mereka memberikan bj tersebut pada fatin humaira...




Fatin Humaira bergambar bersama ibu...ayah tukang amik gambar...sian ayah ek..

Monday, October 12, 2009

Jalan Jam Sempena Bulan Syawal

Sabtu lepas p beraya umah kkk ipar kak cik...ms blk keje dh tgk MRR2 jam giler dr Ulu Klang ker Ampang...

Dah set dlm kepala x mo p beraya umah kak cik sbb dh p sblm nih..blk jer keje...k Long smpi..tnya nk p umah k cik x?...aku ckp jalan jam la k long mau 2 jam br smpi umah k cik..sy x mo pi....lain la sy tumpang..klu nk sy drive mmg surrender...tup2 k long ajak p sbb dia x tau jalan...so aku pun ikut la sbb x yah drive....tp tgk la keadaan jalan tuh....

Setelah sejam lebih perjalanan kami pun sampai d rumah yang dituju...spttnya x smpi 1/2jam jarak perjalanan biasa..dari Taman Seri Keramat - Hulu Langat...tp sabtu lps..mencecah 2 jam perjalanan..


muka 1/4 tension sbb cuaca panas n jalan jam teruk...


kereta didepan ....



Kereta dibelakang....anak buah tegah bergayut tepon..

lokasi pergambaran MRR2...dkt exit duke highway...menuju ke ampang..

Hadiah dari ibu...


Seperti yang dijanjikan...inilah basikal yang menjadi pilihan Fatin Humaira pada ulangtahun kelahiran dia yang ke 2 beberapa bulan lepas..cuma n3 hadiah dari ibu blum dimasukkan...

Hadiah ni pun dibeli awal dr tarikh kelahirannya...hadiah ni bukan la yg dijadualkan...seawalnya ibu fatin humaira berhajat tidak mahu belikan apa2 hadiah pada dia...setelah ayahnya membelikan hadiah yang dah besar...tetapi...hadiah ini dibeli secara paksa rela...humaira merenggek meminta basikal ini setelah melihatnya dia kedai manjaku di Seri Gombak..adui..kopak beg duit ibunya...terpaksa membayar harga basikal tersebut sebanyak RM 129.00 ...

Oleh yang demikian dianggapkan pembelian basikal tersebut adalah sebagai hadiah ulangtahun kelahirannya yang ke 2...semoga anakku berbahagia selalu dan menjadi anak yang solehah...

Ibu sayang Fatin Humaira....

Saturday, October 10, 2009

Dipetang hari raya...

n3 masih dalam mood hari raya... gambar2 ni di ambik pada petang raya...x igt raya ke berapa...x silap petang raya ke-2...lokasi pengambaran adalah diperkarangan rumah mak bonda dan kekanda no.2 rumah mak bonda dan kekanda adalah bersebelahan...

Didepan rumah kekanda no.2 dari kanan...dibah (anak buah), long
, Ngah dan asyraf (anak buah)

Si ayah bersama si anak...

Tahun ni tahun pertama makbonda beraya berjiran dengan anakandanya yang kedua..memandangkan rumah kekanda ku itu baru siap sepenuhnya dan telah diduduki beberapa bulan yang lepas...

Tahun ni kami kesemua adikberadik 9 orang balik beraya di rumah mak bonda maka secara automatiknya rumah makbonda sememangnya fullbook. W.pun mempunyai 4 bilik tidur..masih tidak mencukupi...so...adik2 yang 3 org tu...tdo di ruang tamu 2...aku tido dlm bilik adik, adik perempuan ku tdo di bilik Long, kekanda no.4 tdo dibilik Ngah, Kekanda no.3 di ruang tamu 1...kekanda sulung tdo di rumah kekanda no. 2 yang jaraknya hanya 5 langkah dari tangga rumah mak bonda ke tangga rumah kekanda...

Sebenarnya jika kesemua 9 beradik bersama keluarga masing2 tdo dirumah makbonda pun masih lg mencukupi ruangnya...asalkan mahu tido di ruang tamu...aku n hubby sendiri tidak kisah klu hanya tido diruang tamu...lagipula ruang tamu rumah makbonda sememangnya luas..dan terdapat dua bahagian...tetapi bila sesampainya di rumah makbonda kami telah diberi bilik masing2...jadi ku terima segalanya....


Sayang...anak ayah ni....



Khadijah Annisa..

Wednesday, October 7, 2009

Hari Raya Pertama 2009

Koleksi gambar raya pertama bersama keluarga.
kami sekeluarga sedondon


yang tudung maroon satu2nya adik perempuan aku...dan yang lain anak buah..


Jejaka handsome tu salah sorang adik lelaki ku yang kembar


Kami bersama mek and ayah..



Menantu keluarga kami...sorang lagi x cukup...abang ipar no. 3



Adik beradik sembilan semuanya...6 perempuan 3 lelaki..