Tuesday, December 10, 2013

Snowy Cheese Cake...

Assalamualaikum....lama x update blog slalu jengguk tapi x update boleh gitu...

Kali ni aku nk update kek yang dah lama pun menjadi buah mulut & kegilaan ramai..Snowy Cheese Cake @ pun nama melayu Kek Keju Meleleh....

Kek ini yang ditempah oleh jiran aku untuk Birthday anak lelaki dia...

Memula kek ni aku buat sbb teruja utk mencuba macam mana membuat kek ini saja...aku buat kali pertama masa besday aku 10/11...aku post di FB...sume komen nmpk mcm sedap...1st time makan aku x suka....tapi anak dara sorang kt umh ni suka sgt...Inchik Suami pun kata sedap..sume kata sedap yang mana aku bagi rasa...

Kali-2 aku buat atas permintaan adik lelaki aku...katanya terliur nk rasa kek ni...
Kali-3 atas permintaan sepupu2 aku ingin merasa keenakkan kek ini....dalam masa 2 minggu aku buat 3 biji kek ini...

Kali ke -4 dan seterunya aku buat untuk jualan...jualan kek ini bermula apabila kawan adik aku mula nk membeli kek ini..kerana kek yang aku beri sblm ini tidak puas dia makan...bermula dari titik ini alhamdullilah belum putus yang menempah...sepupu aku juga menolong mengambil tempahan...
Jadi disini aku kongsikan resepi kek ini....

Ini pek yang aku jual kecil & Besar selain dari sebijik kek...aku buat pek-pek juga..

Tekstur kek ini....yummy bukan...aku dah mula suka dgn kek ini..

Snowy Cheese Cake
Loyang 8”
Bhn utk kek:
6 biji telur
100gm gula castor
100gm tepung superfine / gandum / hongkong. (sy guna superfine )
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (air dr peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu mkn ovellete
1 sudu teh Essen vanilla ( tambah sdiri)
75gm butter (dcairkn)

CARA:
1. Masuk semua bhn kecuali butter cair & putar.
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
3. Masukkan butter cair (lps tu pukul guna spatula shj)
4. Bakar selama 40 - 60 minit ikut jenis oven, suhu150 cc.

KRIM :
1 kotak (250gm) cream cheese
1/2 tin susu pekat ( ikut rs takut manis kang)

Putar bhn2 ni smpi x bketul.
TOPPING:
1/2 kotak Kraft cheddar cheese @ lebih..ikt suka parut pling halus

Klu nk cheese meleleh boleh tambah whiping cream..yg ini x der sukatan aku buh ikt citarasa jer...tapi bubuh sikit2 ya...



Saturday, July 20, 2013

Berpindah rumah baru....

Assalamualaikum...dh lama x update blog..sibuk memanjang..jer...sebenarnya aku dah berpindah ke rumah baru di Bukit Saujana Sg. Buloh...pada 1hb Julai lepas..alhamdullilah akhirnya kami berpindah juga akhirnya...

Antara Kotak-kotak barang.........

Memula sayu sangat nk meninggalkan kawan2 di Bandar Putera, Klang..tapi apakan daya..inilah lumrah kehidupan..

Sehingga kini rumah masih dalam keadaan rumah yang belum betul2 terurus...banyak lagi kerja-kerja mengemas belum dilangsaikan...lampu pun ada lagi belum dipasang..maklumlah pemasangan lampu dibuat oleh inchik somi..dan mengemas pulak aku yang buat...

sekarang aku cuba nk siapkan kerja-kerja menjahit terlebih dahulu puasa dh 11 hari...x lama lagi nk raya..pening gak la nk menyiapkan semua kerja sekali gus...nanti nk jahit langsir rumah lagi...harap2 semua selesai sebelum raya menjelma..inysaallah..

Ini lagi....

Tuesday, June 11, 2013

Progress Dapur 9hb Jun 2013...


Ahad lepas kami ke rumah baru..dengan niat nk cuci rumah bahagian atas terlebih dahulu kerana nk angkut barang2 rumah yang kecil2 tu sendiri sikit2...tp smpi2 sana tgk rmh berkecah...rupa2nya kontraktor tengah pasang dapur, kabinet atas dan Tall unit...

Kabinet atas

 Apabila kami tgk hasil kerja yang belum siap agak x memuaskan hati..terus direct kami komplen...Danny cakap tunggu siap dulu br tgk apa yg x puas hati n baru komplen...



Tall Unit kami...

Tall unit aku x puas hati tentang kedudukan oven tu...aku dh bagi tahu dulu yang aku nk oven tu di tengah2 kerana untuk keselamatan anak2 aku..budak2 tengah membesar mana boleh letak rendah macam tu...lg pun susah klu rendah mcm tu...spttnya 1 level dengan table top baru ngam2...budak2 pun x boleh nk capai / tersentuh cermin oven tu nanti...dah komplen jugak...harap pergi ahad depan dia dah ubah mcm kami cakap la...klu x aku nk berkeras suh ubah jugak..mn boleh biarkan keselamatan anak2 aku diabaikan...




Wednesday, June 5, 2013

Ulangtahun Perkahwinan Ke-7...

Alhamdullilah 02.06.06 - 02.06.13....cukup 7 tahun kami diijabkabul sebagai suami isteri...syukur alhamdullilah...Anniversay kali ni x der yang special pun...x der apa2 keraian pun..just ingat2 mcm tu...jerr......yang penting kami masih lagi bahagia dengan keluarga kami...


Sempena Anniversary untuk pertama kali sepanjang tempoh kami kenal sehingga kawin Inchik Suami memberikan 1/2 dozen jambangan bunga ros...Terima kasih sayang. Walaupun orang lain dah biasa terima bunga dari yg tersayang tapi aku ini kali pertama...:)... seronok okay...


Yang lagi seronok dari aku adalah anak dara aku tu...yg mmg sukakan bunga..adui..ibu yang punya dia yang sibuk duk pegang duk telek...ha ha ha...nasib la ibu...

Apapun..alhamdullilah terima kasih sayang...atas kasih sayangmu..tanggungjaw



ab mu terhadap kami...dan segala2nya yang telah engkau berikan kepada ayang selama tempoh kita kenal dan sepanjang perkahwinan kita...terima kasih kerana sabar melayan ragam ayang...

Syukur ya ALLAH kerana kau telah pertemukan aku dengan Jodoh aku ini...sesungguhnya jodoh yang kau berikan ini adalah yang terbaik untuk aku...yang menerima kelebihan dan kekurangan aku dengan sepenuh jiwanya...

Terima Kasih juga kerana mengurniakan anak2 yang comel...anak2 yang menghiburka hati kami dan juga pengerat kasih sayang kami berdua....

Wednesday, May 29, 2013

Progress Kitchen Cabinet....28/05/13...

Assalamualaikum....

kali ni aku update progress dapur aku....kebetulan semalam aku terpaksa ke rumah di Saujana kerana orang kedai nk hantar Hod, hoob & oven....jadi alang2 aku amik la gambar progress dapur aku yang chomel tu...comel la sgt kan...comel la bg aku...mengikut kemampuan kami...

Banyak lagi x siap...x tau la boleh siap sblm kami pindah ujung bulan 6 ni...iktkan janji 2 minggu lg siap...ngam2 la ngan tarikh nk pindah tu...ada la gap masa nk cuci rumah nnt....

Tiles table top dh siap pasang...tiles di dinding pun dh siap psg...
(pssst: tiles kt dinding tu kontraktor bg percuma...klu iktkan quotation x msk tu..sbb org lain biasa akan tampal area tingkap yang ditutup tu utk dipasang dapur...)


Bahagian bawah kitchen cabinet....

Warna tiles untuk table top aku minta suami pilihkan warna cerah...klu ikt kan kontraktor suggest kaler hitam...inchik suami pun nk kaler itam..tapi aku nk warna cerah....memang hitam menawan....sangat cantik kaler hitam kalau buat table top kan....

tapi memandangkan 2 orang kakak aku yang dh pasang table top ngan tiles hitam yang komplen hitam mmg lawa...tp ada sedikit kecacatan... ha ha ha susah la aku nk tulis...klu x faham sila abaikan...

sampai sekarang Inchik Suami agak risau ok x dapur kami dengan table top kaler cerah n kabinet nanti kaler walnut....aku ?????????? wat derk jer..........ha ha ha....w.pun seriau jugak bila nk tgk hasilkan...sbb byk rmh yg kami tgk hampir sume table top kaler hitam...hopefully kitchen kabinet kami comel la....ki ki ki


Thursday, May 23, 2013

Hob, Hood dan Oven…

 Misi Mencari Hob, hood dan oven diteruskan. Pertama skali aku google internet jenama apa yang bagus digunakan. Dan pastilah mengikut bajet kami. Ramai yang bercakap brand Rubine. Aku pun agak terpengaruh dengan brand Rubine ni…aku rasa memang ramai yang pakai Rubine. Rubine harganya harga yang ramai mampu membelinya…disamping google internet aku jugak bertanya dengan kawan2 brand apa yang mereka pakai dan pengalaman mereka.


Memula sekali kami ke kedai yang salah seorang kawan cadangkan…kedai yang berpatutan harga barang2nya…Kedai tersebut terletak di Sri Rampai. Memang betul kata kawan aku tu…aku dapat Hob, Hood dan Oven untuk Brand Rubine hanya RM 3,000.00 berbanding 2 buah kedai lain yang harga lebih mahal berbanding kedai tersebut. Kedai  lain mahal rm 200 – 300 bagi spesifikasi yang sama. Kedai tersebut bernama One E & E, berdekatan toyata servis di Sri Rampai.

Ada juga kedai suggest kepada kami brand fortile…aku dengar fortile ni pun bagus dapurnya…tetapi kedai yang suggest tu memberi quoatation yang agak tinggi iaitu RM 3,800.00 secara automatic mmg kami xkan beli la…dh over bajet.

Dan semasa minggu kami confirm nk bli dapur Rubine yang berharga RM 3,000 tu Inchik Suami ajak survey sebiji kedai lagi yang mengiklankan jualan murah dapur Rubine jugak di Danau Kota, Setapak. Malangnya semasa hari minggu salesman cuti dan kami terpaksa meninggalkan no. phone untuk dihubungi bagi mengetahui harga bagi model2 yang kami inginkan.mmmmm….agak lecehkan… kemudian kami ke Kedai Elektrik yang agak berdekatan dengan kedai tersebut. Iaitu kedai BGC Orange…x silap aku la..kat sini tiada brand Rubine..salesman tu bertanyakan bajet kami dan terus mencadangkan brand Rinnai…Rinnai mmg ok brandnya mengikut survey aku… kebetulan bulan mei ada Offer jadi brand rinnai agak berdekatan dengan bajet kami..RM 3,400.00…tetapi Ovennya hanya mempunyai 5 function….aku mencari oven yang lebih pada 5 function. Akhirnya salesman tu memperkenalkan Fortile yang mempunyai 8 function…rm 3,800.00 untuk  set  lengkap Hob, Hood dan Oven. Fuhhh….lari bajet ok…tapi penerangan salesman tu sangat menarik hati dan penerangannya memang logic.

Hood


Hob


Oven 8 function...

 Akhirnya aku menawarkan RM 3,500.00 untuk set tersebut…jika dapat harga tu aku beli kalau x dapat aku akan ke kedai sri rampai tu…salesman tu garu kepala..ki ki ki…sambil ke mejanya…kemudian dating balik dengan menawarkan harga akhir iaitu RM 3,570.00…itu pun harga kontraktor sebenarnya..alhamdullilah rezeki kami. Kami terus membayar harga tersebut. Dah setel bab Hob, Hood dan Oven. Alhamdullilah…

Lepas ni mungkin kami akan survey kipas dan lampu pulak..gaji pun dah nak masukkan....




Wednesday, May 22, 2013

Kitchen Cabinet...siri 1

Pada mulanya kami tidak merancang pun untuk membuat kitchen cabinet memandangkan bajet yang tidak mencukupi. Tetapi akhirnya inchik suami memutuskan untuk membuat juga kitchen cabinet setelah melihat kitchen cabinet yang dibuat oleh Class Two Classic Renovation.

Kami diberi quoatation untuk membuat kitchen cabinet rm 6,800.00 untuk L-Shape, concrete table top yang dipasang tiles 2’x2’, Material Kabinet ialah Melamine ABS. Ini merupakan harga asas. Maksudnya klu rumah tepi macam rumah aku kena tmbah kos untuk menutup tingkap bahagian dapur klu x tutup ruang x mencukupi.

1hb Mei 2013 kami membuat janji temu dengan Mr. Danny untuk berbincang lebih lanjut mengenai Kitchen Cabinet tersebut. Setelah berbincang dan berunding kami diberi harga RM 11,600.00 untuk keseluruhan kerja-kerja membuat kitchen cabinet tersebut.  Kami membayar deposit sebanyak rm 1,000.00 dan yang lain mengikut progress kerja.

Kerja-kerja awal telah dijalankan....

Harga untuk membuat L-Shape kitchen cabinet, Tall unit (untuk menempatkan Peti sejuk, Built-In Oven, dan lain-lain), Counter Bar, Menutup Tingkap dibahagian dapur kami dikenakan RM 10,800.00. Untuk kerja-kerja tambahan dan juga accessories cabinet pulak…kami menambah accessories rak pinggan diatas sinki (Rm 200.00), pull out rak untuk botol2 yang berukuran 300mm lebar (RM 300.00), menambah suiz dan juga paip dibahagian belakang rumah untuk mesin basuh (RM 500.00)

Kami merasakan harga yang kami dapat ini sangat2 berbaloi dan kerja-kerja yang dilakukan oleh mereka juga amat teliti dan kemas.


Counter Bar....

Lepas ini edisi mencari Hob, Hood dan Oven pulak….bulan2 yang memenatkan dan juga bulan duit bagaikan air…