Friday, July 24, 2009

Besday Nur Alysha Dayana ke 3- Acha

Pada 18hb Julai (sabtu) lepas kami sekeluarga menghadiri majlis makan2 di rumah pasangan Youm n Fiza..sempena ulangtahun kelahiran puteri tunggal mereka alysha yang ke 3.


Ni hadiah yang kami beri. Siap diikat reben lagi...

Oleh kerana alysha sudah berumur 3 tahun rasanya molep la di beri buku untuk dibaca. Kami membeli 3 buah buku iaitu 2 buku bergambar beserta huruf-huruf dan sebuah buku mewarna yang sesuai dengan umurnya. Puas jugak kita membelek buku dikedai buku bagi memilih buku yang sesuai dengan umurnya.


Ni pulak Fatin Humaira puteri kami yang comel itu, baru sihat dari demam. cute sgt rasanya tengok dia pki topi tu...


Majlis potong kek...alysha tengah tiup lilin, Fatin Humaira memerhati...


Ni kami tengah makan....




Tuesday, July 21, 2009

3 hari 2 malam

3h2m sebenarnya bukanlah percutian keluarga tetapi si kecil ditahan di wad kerana demam..demam yang agak tinggi suhunya. Boleh dikatakan sebagai demam panas. sebenarnya sudah 5 hari Fatin Humaira demam. demam yang x kebah-kebah. Selepas makan ubat demamnya akan reda tp bila habis ubat dlm badan, demannya datang balik. sampi mengigil bila kemuncak suhunya.

oleh kerana risau dengan keadaan demikian maka kami ke klinik sekali lagi. Terus doktor sarankan kami agar membawa fatin humaira ke hospital untuk check up yang lebih detail.
Fatin Humaira pada hari ke-2, bermain di bilik yang disediakan bersama "drip" ditangan.
Kali ini kami memilih Hospital Pantai di Ampang untuk rawatan. Ini kerana Fatin Humaira telah kami ambilkan insurance kesihatan dan pendidikan ( betul ker "ambilkan"). Oleh yang demikian kami ke Hospital Pantai memandangkan ejen insurance kami "Prudential" En. Azani mencadangkan beberapa hospital yang "listed" dengan "Prudential".


Mak yang menemani kami pada pagi ke-2, memandangkan hubby bekerja pada pagi tersebut.