Friday, October 2, 2009

Kemalangan di MRR2 ....

15hb september 2009 (hari selasa) iaitu 26 Ramadhan...aku mengalami kemalangan jalanraya didalam perjalanan ke ofis...pagi tersebut hujan membasahi bumi...jadi jalanraya pun licin. dan seperti biasa aku ke ofis dengan menaiki skuter...dalam perjalan tersebut hati aku sudah berkira2 jalan mesti licin jadi aku memperlahankan speed w.pun aku bereada dilorong laju...sementelah penunggang motor n driver kereta yang lain pun agak slow motion...pemanduan mereka

Dalam berhati-hati itu dan speed motor pun hanya 60km/j akhirnya aku kecundang jua apabila sebuah kereta Naza dengan tidak semena2nya melencong ke kanan....aku yang terkejut dengan aksi pemandu tersebut dan sebolehnya cuba mengelak dari merempuh kereta tersebut...terpaksa aku brek motor dan... tiba2 jer terjatuh dan semena2nya.."aduss....sakitnya..." sambil memandang kekanan cuba mengheret tangan kanan dari di lenyek oleh tayar lori sebelah. nasib menyebelahi aku. w.pun hanya seinci aku sempat menarik tangan ...alhamdullilah aku bebas dari aksi kena lenyek...sisi tayar lori tersebut bagaimana pun sempat mencium lengan aku...

Aku juga bernasib baik kerana motor dibelakang ku agak jauh jaraknya...dan setelah ku jatuh terdapat beberapa aksi cemas yang berlaku ditempat kejadian. Polis trafik yang sememangnya setiap pagi memantau keadaan kesesakan jalan tersebut berlari cemas mendapatkan aku...yang sudah terbaring dijalan raya... dan terus memapah aku ke tepi...seorang polis lagi cuba menahan lori tersebut supaya berhenti. jika lori tersebut terus bergerak nasib aku mungkin agak malang. Penunggang motor yang lain juga berhenti dan menolong mengangkat skuter aku dan dibawa ketepi...terima kasih tidak terhingga pada semua...

Apa reaksi aku selepas itu? tubuh aku mengeletar...kaki tangan semuanya...luka yang aku dapat hanyalah luka2 kecil di bahagian kaki siku dan lebam dipeha. sehingga hari ini bahu kanan masih lagi sakit dan parut luka masih ada dikaki...sakit badan usah dicerita selepas sehari...serasa jatuh dari pokok kelapa sakitnya...

Walaubagaimanapun Syukur ke hadrat ilahi sehingga kini masih dipanjangkan umur.

3 comments:

Mas said...

Nauzubillah himinzalik.
Mak Su seramnya maksu,abih tu hari tu MC le. Apa kata pak su, hari ni bawa motor tak cuak ke. Hii ngerinya akak membacanya.

ajnie's said...

apa kata pak su...dia kt nape x bwk kete dh tau ari ujan...dgn sng atinya sy jawab mls la...tau2 je la...ari ujan mrr2 jam giler...

skrg bwk mtr takut2 jugak...tkt pisang berbuah 2x...tkt x der peluang mcm tu lg...tp ku gagahkan hati jugak...

Khaty Sew said...

betul tu lain kali bila hujan bawaklah kete. lebih selamat.