Thursday, December 1, 2011

Siakap Steam...

Siakap Kukus ni aku buat 2 minggu lepas....tetiba jer rasa nk makan ikan steam kan...nk lari dari kebiasaaan...resepi ni pulak kali ke-2 aku buat...dulu penah skali buat..mmg best la...x rugi mencuba...makan ngan nasi putih..panas...pergh...bertambah2 aku makan...resepi kat bawah...macam biasa dr My Resepi....terima kasih pada CMG...


Ikan siakap kukus


Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
  • 1 ekor ikan siakap (ikan merah/kerapu atau ikan bawal putih pun ok(
  • 1/2 camca teh garam
  • 1/2 camca teh tepung jagung
  • 1/2 camca teh lada sulah
  • 3 camca besar jus limau kasturi*
  • 1 1/2 camca besar minyak masak*
  • 1 1/2 camca teh gula*
  • 1/2 camca teh garam*
  • 5 - 10 biji cili padi, dihiris*
  • 2 batang serai, dihiris halus*
  • 1/2 kuntum bunga kantan, dihiris*- yang ni aku x letak...
  • 1 helai daun limau purut, dihiris halus*
  • 1/2 inci halia muda. dihiris halus*- pakai halia biasa jer..mn yg ada kt dapur...
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus*
  • 1/2 camca teh tepung jagung*
  • 1/2 camca teh serbuk pati ikan bilis atau 1/2 kiub pati ikan bilis maggi*.- hentam pki kiub ayam...
  • * aku tambah air skit bagi lebih berkuah...

Cara-cara

  1. Ikan dicuci bersih dan lumurkan dgn garam, tepung jagung dan serbuk lada sulah. Ketepikan sementara membuat sosnya.
  2. Dalam satu bekas satukan kesemua bahan sos (yang bertanda '*") hingga sebati. Ketepikan.
  3. Panaskan kukusan dan sediakan bekas tahan panas. Letak ikan tadi ke dalam bekas tahan panas dan tuangkan sosnya rata termasuk bahagian dalam belahan perutnya. Kukus kurang lebih 10 minit bergantung pada saiz ikan atau apa bila daging ikan bertukar menjadi putih. Siap untuk dihidangkan dgn nasi hangat.
  4. Selok-eloknya dimakan segera selepas proses mengukus.

No comments: