Monday, June 22, 2009

Kek Keladi

Sebelum ni kita pernah janji dengan kak jie jie nk mskkan resepi kek keladi. Setelah sekian lama di janjikan ni br kita berkesempatan nk masukkan resepi ni.




Ni kerja-kerja melayer kek


Kek Lapis Keladi


Bahan-bahan untuk kek


500gm spongemix
8 biji telur gred B
100 gm air

100 gm mentega/ majerin - dicairkan
Hiasan - kelapa parut kering

Cara-cara


1. Tepung, telur, air dipukul hingga sebati dan pekat dengan kelajuan yang tinggi.
2. Masukkan mentega cair tadi. kacau dengan senduk sekejap sahaja.
3. kaut balik adunan dan tuangkan kedalam tin pembakar yg sudah dialas kertas.
4. Bakar selama 50 -60 minit dgn ketuhar suhu 220 c - ni bergantung pd oven memasing ok.

5. Masak, kek disejukkan dan potong kek beberapa lapis yg di sukai- biase kakak kita buat 3 lapis jer.


tips utk ptg kek:

sebelum potong kek masukkan kek yang telah sejuk kedalam peti sejuk selama 3 @ 4 jam ini akan menyenangkan kerja-kerja memotong kek.


Bahan-bahan untuk kastad


1/2 kg keladi di kupas dan direbus (potong kecik2)

4-5 cawan @ 800gm santan

40gm tpg gandum

40 gm tpg jagung

1 cawan gula
2 helai daun pandan
4 biji kuning telur
sedikit garam dan pewarna ungu

Cara-cara

1. Keladi diblender bersama santan, kuning telur, tpg gandum dan tpg jagung.

2. Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam periuk. campurkan garam, gula, pewarna & daun pandan.
3. Kacau atas api yang sederhana sehingga pekat dan sebati.

kemudian sejukkan sekejap kastard td. masa suam2 kuku tu boleh la dilayer keatas kek.mcm layer kek biasa.

Kek ni mmg sedap...cuba lah...



2 comments:

Kak Jie Jie said...

Salam Ajnie
He he he seronok betul akak dapat resepi kek keladi ni. Nampak lembut kek keladi tuu. Ni mesti cuba. Terima kasih Nie kerana sudi share resepinya.

ajnie's said...

salam kak jie jie,

sama-sama.