mmm kenapa tarikh tu aku abdikan dalam blog ni...tarikh tu merupakan "kelahiran" anak ku no. 2..aku bukan bersalin tp aku keguguran...keguguran anak ke2...usianya baru menjangkau 13 minggu 4 hari...hanya smpi c2 sahaja dia berada di dalam rahim ku....aku reda..aku terima semua ini....inilah sebenarnya yang terbaik yang telah Allah tentukan buat aku...
W.pun sebenarnya aku tetap teruja untuk menimang cahaya mata yang ke2 tp belum rezeki buat kami sekeluarga. sebenarnya aku mmg menunggu saat2 aku disahkan mengandung. aku terlalu teruja......sehinggakan UPT aku buat berulang kali. teruja aku sama seperti aku mengandung sulung. saat aku melihat double line hati aku bersorak riang. alhamdullilah aku mengandung...Fatin Humaira akan mendapat adik sekaligus mendapat kawan.....tp kte hanya mampu merancang tuhan menentukan segalanya...
kejadian ini bermula dengan aku mengalami bleeding yg sedikit sedikit setelah 5 hari kes aku di rujuk pada doktor aku di hantar ke MHKL untuk di scan dan dianalisis oleh pakar disana...jawapan tetap sama kemungkinan aku akan keguguran. saat itu hati aku terasa tersangat hiba...klu2 apa yg doktor jangkakan itu akan betul2 terjadi. tp aku tetap mengatakan mungkin tidak....selang sehari aku mengalami turun darah yg agak banyak. tp yang pelik aku tetap tidak merasa sebarang kesakitan. atas nasihat seorang kawan aku ke PUSRAWI utk berjumpa pakar disana...tapi....setelah di scan doktor Asmah mengatakan kandungan aku tidak oleh diselamatkan lagi....kandungan ku sedang mengalami proses keguguran. D&C perlu dilakukan...aduss....terdiam sekejap...
Kemudian aku refer ke MHKL...berjumpa doktor disana. Lg mengejutkan aku ketika doktor memeriksa rahim aku...doktor terkejut dan mengatakan "kandungan" aku sudah keluar dari rahim...dan doktor terpaksa menariknya...
Mungkin aku terkejut atau terlalu sedih selepas 5 min proses yg tidak berapa menyakitkan itu telah menyebabkan aku pitam...yg aku igt sblm pitam tiba2 air mata aku meleleh tidak boleh ditahan2 lagi....sempat doktor bertanya sama ada aku dlm kesakitan yg amat kerana aku seperti menangis kesakitan...aku sempat mengatakan sy x sakit.........tp pandangan sy makin kabur....terus aku x sedarkan diri........semua doktor memberi perhatian pada aku..sehinggakan aku dimasukkan ke wad...esknya 15/01/10 rahim ku di cuci....dan berakhirlah segala impian aku utk menimang cahaya mata ke 2 dlm masa terdekat ini....jika kandungan aku masih ada....dijangkakan aku akan melahirkan dia pada 17/07/10... 9 hari sebelum kakaknya...iaitu 26/07/07...
Tapi aku percaya itu yang terbaik buat aku dan keluarga...insyaallah ada rezeki ku akan menimang cahaya mata ke 3 pada tahun depan...insyaallah.buat masa ini doktor melarang sekurang2nya 3 bulan utk aku tidak mengandung bg memastikan rahim ku betul2 sihat....
2 comments:
takziah akak ucapkan...semoga get well soon... jangan sedih sangat..ada hikmah disebaliknya...
terima kasih k rine...insyaallah ada hikmah yang Allah berikan...
Post a Comment