Thursday, December 30, 2010

25-26 Disember - Kuantan


Pada 25 Disember 2010 kami sekeluarga berpesta di Gambang Water Park, Pahang...sesaja je berkumpul adik beradik... so seharian jugak la kami menghabiskan masa kt sini..yang paling seronok tentu la anak aku...memang x puas main...

Hari kami kesana..memang ramai orang..smpi mandi pun berlaga bahu....


Muka budak yang suka main air...siap dapat pelampung baru...


Kakak yang ketakutan nk masuk Gua gelap...

Underwater...

We are here...

Kami sekeluarga..

Kakak dan anak buah...

Dah nak balik kami menaiki tram sesaja je nk ronda...padahal naik tram x smpi 5 minit pun...

Malam tu kami tido d rumah baru kakak sulung aku..kebetulan dia pindah ke rumah baru dia... esk nya kami ke pantai yang sememangnya dekat dengan rumah kakak sulung aku tu bagi melayan anak sulung kami mandi pantai...memang seronok la dia...


Ayah teman kakak main air..di Pantai Balok...
Ayah kakak mmg best...




Mc Donald Teluk Chempedak, Kuantan


Me, Khadijah & Fatin Humaira di Teluk Chempedak..

Sebelum balik ke KL kami singgah di Teluk Chempedak untuk lunch saje je x mkn rumah kakak sbb mak buyung nk makan prosperity burger...sbb lps ni..mak buyung kena diet..kerana dah tau ada diabetes..so kena berjaga2 la...x leh mkn manis2...

Lepas tu hantar anak buah Khadijah ke rumah kakak aku no.4...lepak jap terus gerak balik..


On the way balik KL..selepas tol Karak...Jam...sebab ada lori treller rosak berdekatan dengan Lentang....

Next..........jalan-jalan........kemana ye...........tunggu........

Wednesday, December 29, 2010

Cukup Sudah 30 minggu..

Hari ni genap sudah 30 minggu aku mengandung anak ke-2 ni..alhamdullilah..aku masih kuat lagi. walaupun buat masa sekarang aku di sahkan menghidapi diabetes semasa hamil...buat masa skrg aku cuba mengamalkan diet yang disarankan oleh nurse...

Hari ini jugak aku perlu membuat BSP...4x perlu diperiksa darahnya..agak memenatkan untuk aku berulang alik dari rumah ke Klinik. w.pun Klinik hanya la 10 min perjalanan dengan kereta...sekarang aku hanya perlu mengetahui review dari doktor..mengenai reading darah aku... adakah ok atau sebaliknya...hopefully sume ok la..

Tak sabar rasanya nk tgk baby aku ni...sbb sehingga kini aku masih belum mengetahui jantina anak aku..dh 2x scan...tp doc still x nmpk jantina..kerana kedudukannya...tapi lelaki atau perempuan aku tetap menerima dengan syukur....kurniaan yang tidak terhingga ini..

Cuma aku makin berdebar menunggu hari untuk bersalin.......takut......sebenarnya...moga2 dipermudahkanNya..

Wednesday, December 22, 2010

Re Union UiTM Builders...

Al-kisah reunion ni lama dh buat..iaitu pada 11/12/2010 lg..tp br d masukkan n3nya...kes malas la ni..sbb kesemua gmbr dh ada kt FB...

reunion ni di buat rumah classmate di Alam Damai..mmg damai la petang tu..acara bermula selepas asar...tiada acara rasmi pun just...buat bbq...n Mas sediakan makanan....kami tukang makan je...BBQ pulak kaum bapak tolong bakarkan...acara dari selepas asar sehingga la malam..aku x sure last tetamu balik jam berapa..kerana kami balik pun dh jam 10.30 mlm...

Seronok jumpa teman2 sperjuangan 10thn lps..mmg best..sbb masing2 sudah ada anak...macam aku lagi la...aku n hubby mmg sekelas masa Diploma dulu...kami Diploma Bangunan dari 98-2001...so kwn hubby adalah kwn aku jugak...

Kami di UiTM mmg sekelas dari mula2 daftar hingga la kebanyakkan akan graduate sekali..x mcm U lain...yg kelasnya mengikut subjek yg kita amik...di UiTM kami mmg mempunyai kelas khas untuk batch masing2..x perlu bergegas2 ke dewan kuliah...lbh kurang mcm sekolah jugak..sbb tu kami agak rapat antara 1 sama lain..tambah2 budak2 kelas kami...terkenal dengan kenakalan kami pada masa tersebut...sehinggakan ada lecturer yang merajuk dengan kami...

Dan aku n hubby pulak pasangan tunggal berkahwin dengan classmate sendiri...agak mengejutkan semua kawan2...kerana kami bukanlah pasangan yang bercinta...semasa di kampus...sebenornya pada masa tu...kami dh ada boypren n gelpren lain..ha ha ha.....malah kami juga bukan la rapat...hanya setakat kenal sebagai classmate sahaja..tapi ALLAH menentukan bahawa kami menjadi pasangan suami isteri yang bahagia...Alhamdullilah..syukur...


Sesi makan...tuan rumah depan sekali...


Time sume pakat serbu....


Antara yang hadir...

Terima kasih pada classmate kami dan hubbynya kerana sudi meminjamkan rumahnya buat seketika...hubby nya sangat sporting...lenkali leh buat lagi...

Kek Coklat Moist Sedap


Kek coklat aku buat masa Reunion UiTM Builders 98-2001 kt umh kawan di Alam Damai, Cheras sebagai buah tangan...

Alhamdulliah mendapat feedback yang membuatkan aku tersenyum lebar...actually ni 1st time aku guna resepi ni..dh lama copy dr MY RESEPI tp br cuba,...mmg sedap kek ni...gebus gitu...

so kt sini aku kongsikan resepinya...terima kasih zalisa..

Kek Coklat 'Moist' Sedap dr Zalisa MyResepi

  • Bahan A
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 tsp soda bikabonat

  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • *** telur ni aku modified skit..aku guna 5biji telur gred B. amik kuning n putih telur sume..
  • 1 1/2 cwn air

  • Bahan C
  • 11/4 butter (313 gm)
  • 2 cwn gula halus(aku kurangkan skit..)

  • TOPPING
  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
  9. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
  12. Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.

Tuesday, December 14, 2010

Daging Merah Ala Thai

Daging Merah Ala Thai



Dah lama try resepi ni..ni guna daging korban yang dibawa balik...so dh biasa mkn daging goreng biasa n black pepper aku try pulak resepi ni...simple n mudah..so kt sini aku sharekan resepi ni. resepi ni aku amik dr My Resepi...

Sumber : jeezy@myresipi.com

Mintak izin share ye..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.

2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.

3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.

4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.

6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.

7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.