Friday, September 30, 2011

Tiramisu

Dah lama mengidam nk try buat tiramisu...ble sebut namanya mcm susah sgt nk buat kan...ble belek2 resepi...tgk you tube mudah jer...tp 1 lg yg aku pk...sapa nk makan..takat aku lakibini mmg x lrt nk abis kan...

jadi peram lg resepi ngan brg2 yg dh d beli...aritu...aku buat jugak...sbb umh K Long...kkk ipr aku buat mkn2 smpena bulan syawal...jd aku amik kesempatan..melepaskan gian utk mencuba resepi baru...resepi mcm biasa aku amik kt myresepi...banyak sumbang myresepi kepada aku..dan setakat yg aku try kebanyakkan sume best2...



Tiramisu dalam bekas...




Ni aku kongsi resepi...

Tiramisu

dr myresepi sumbangan umi_e

Bahan-bahan ( 6-8 orang )

  • 2 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers/boudoir
  • 250g cream cheese
  • 250g whipping cream
  • 150g gula (boleh kurang atau tambah ikut suka manis- bagi aku 150 ni manis...so next time aku kena kurangkan...)
  • satu cawan bancuhan air nescafe (tanpa gula)
  • serbok koko/cokolat utk hiasan

Cara-cara

  1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
  2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
  3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan. (gambar di atas cuma 2 lapisan je tau tu...)
  4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dan disimpan dalam peti ais. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka.

No comments: