Ralit membelek toy's baru...
Seusia dia 2 tahun dia sudah petah bercakap, mulutnya bila bercakap mengelikan hati...kami sekeluarga terhibur dengan keletahnya. Tapi satu sifatnya jadi pendiam dengan orang yang tidak dikenali. menyukai baby, ini diwarisi dari ayahnya yang sukakan budak2. Mendengar kata ayahnya....kata ibunya susah nk diikuti...manja sket...
Sebenarnya tiada besday party yang dibuat pun memandangkan kami suami isteri bersetuju supaya tidak meraikan besday anak2 secara besar2an. tetapi oleh kerana mak cik pak cik angkatnya yang sememangnya rapat dengannya maka kami semua pada mlm 26.07.09 kami sepakat keluar makan seperti biasa dan hanya membeli sebiji kek yang sederhana besar. Kek di sponsor oleh mak cik zuhanya. thanks pada mak cik zuha.
Tiada acara meniup lilin hanya memotong kek sahaja. mood besday girl malam tu juga kurang ceria memandangkan sudah pun tertido. Pada malam tersebut juga Fatin Humaira mendapat 3 bungkusan hadiah iaitu dari pak cik Syah + mak cik Siti + Baby Akilah = Pooh cute, dari pak cik Youm + mak cik Fiza + kakak Acha = Beg Pooh comel dari pak cik Krol + mak cik Zuha = sepasang baju yang cantik...
Hadiah dari ibu dan ayah sudah lama dibeli...nnt akan di masukkan dlm n3 yang lain kerana ibunya lupa mengambil gambar hadiah dari ayah dan ibu w.pun sudah sebulan awal dibeli.
Buat anakku Fatin Humaira...ibu dan ayah sayang sangat anak ibu ini...anak ibu adalah penyambung kasih sayang antara ayah dan ibu, pengubat duka lara kami berdua dan paling penting anak ibu adalah amanah yang diberi oleh ALLAH untuk kami berdua. Amanah yang amat bermakna. Diharap menjadi anak yang solehah dan umatNYA yang beriman....amin.
No comments:
Post a Comment