Wednesday, March 24, 2010

Wang Hantaran….

Beberapa minggu lepas aku ke 7 Eleven depan opis…sesaja membeli jajan dan jugak roti…semasa masuk ke 7E tu aku lihat 3 org pekerja 7E serta seorang lelaki berborak2…mulanya aku x ambil pusing apa yang mereka borak kan..

Tetapi lama kelamaan aku jd ingin mendengar luahan lelaki tersebut…yaa…cerita apakah itu…itu cerita yang aku selalu bahaskan…bersama kawan2…topiknya adalah “WANG HANTARAN” topic ni selalu menarik minat aku walaupun aku sudah berkahwin…

Yang lelaki tu ada cakap susah nk kwin sekarang mahal sangat wang hantarannya…mn nk sediakan wang hantaran, mn pulak bajet untuk kenduri, mana pula bajet nk mulakan hidup baru..ya..aku sokong…bagi aku wang hantaran pada zaman kini semakin meningkat…membebankan pihak lelaki…dan mula lah terjadinya maksiat di dunia ini…

Pada zaman kini mak bapak mengukur wang hantaran dengan kelayakkan akademik anak perempuannya…ada yang berkata begini..” anak saya ada diploma..jadi wang hantarannya mestilah..rm 10,000.00..” wow….nk kawin kena pki diploma ker?????? Aku jadi jelak…itu nasib baru ada diploma klu anak dara dia ada degree…brapa agaknya harga diri anak dia…walhal w.pun anak mempunyai diploma anaknya hanya bekerja sebagai kerani…dan bakal menantunya bukan lah dikalangan pegawai… tiadakah rasa terbeban bagi pasagan muda ini…cerita ini berlaku dikalangan yang aku kenal…bukan rekaan aku semata2…

Aku betul2 x suka bila makbapak meletakkan harga bagi seorang anak perempuan ..seumpama menjual anak…ada juga mengatakan ..ooo..skrg ni harga sume mahal..bawang mahal, gula mahal, minyak mahal…set katil almari pun dh berapa ribu…sbb tu la kami nk ltk harga sekian2…….adui…susah……klu x mampu nk kenduri kendara besar2an cukup la buat sekadar yang mampu..buat yang mana wajib..yang penting ijab dan Kabul…dan juga majlis yang dirahmatiNYA…

Aku??????? adikberadik aku kesemuanya 6 orang perempuan dari sulung smpi no. 6 adalah perempuan…dari 7 hingga 9 lelaki..tetapi alhamdullilah……kesemua kami 6 beradik perempuan sudah pun berumahtangga..Cuma 3 lelaki masih lagi muda dan masih mencari ilmu…Setakat yang aku tahu kedua ibubapa aku tidak pernah meletakkan harga bagi seorang anak perempuannya…menerima sekadar yang diberi…dari kakak aku yg hanya mempunyai SPM hinggalah anak yang mempunyai DEGREE seorang pun tidak pernah diletakkan harga jika memasing dh berkenan ibubapa hanya lah org tengah utk menyatukan kami…yang penting nasihat mak bonda nk cari pasangan hidup carilah orang yang tidak tinggal sembahyang...itu yang paling penting....dan bagi aku aku tambah 1 lagi ciri yang perlu ada..ialah hendaklah tidak merokok...2 ciri tu yang aku cari..alhamdullilah aku ketemu dengan pasangan hidup aku menepati kehendak aku n makbonda...

Aku sendiri semasa rombongan mak & abah merisik aku..pernah ditanya berapa hantaran yang diletakkan…dengan cepatnya ibubapa aku menjawab…biarlah budak2 uruskan dia yg nak kawin kte ni Cuma jalankan…senang begitu..dan aku sendiri tidak pernah meletakkan wang hantaran aku… bagi aku biarlah suami aku ikhlas memberi..aku terima seadaanya,….sekadar kemampuan suami aku…yang penting kami bahagia hingga akhir hayat…

2 comments:

Aku_tulip said...

ajnie...dulu bakal suami akak pon tanya....hantaran nk brape..akak ckp..mana yg awak mampu saya terima...mak bapak akak pon cam tu...kami memang tak letak hg (sebenarnya hg diri kita tak tenilai dgn wang ringgit...betul tak....sekadar pendapat)

ajnie's said...

betul tu...harga diri kita bukan boleh di nilai dengan duit...yang penting kte bahagia...