Sunday, May 19, 2013

Perak - Perlis - Penang...

Assalamualaikum...14hb Mei 2013 lepas kami telah ke Perlis untuk majlis Konvokesyen adik lelaki aku...sambil2 jalan2 di Perlis..Perli merupakan kali ke2 aku kesana dan kali pertama aku pergi bersama keluarga aku iaitu suami dan anak2...perjalanan kali ini aku rasakan terlalu jauh dan kosnya agak mahal...mungkin bayaran tol yang dikenakan agak tinggi kot...dan juga minyak yang abis seperti air paip...almaklumlah kali ni kami membawa Exora adik aku berbanding kereta Gen 2 aku sendiri...laju giler ok minyaknya...hari pertama perjalanan kami kami menuang sebanyak rm 150 minyak...klu Gen2 rasanya x habis rm 100 pun...klu kereta besar maka besar la perbelanjaannya...so klu nk bli MPV byk kali jugak kena fikir2kan kecuali anak dah ramai kena jugak la beli MPV...

Semasa perjalanan ke Perlis, kami singgah breakfast di Ipoh, Perak. sambil2 breakfast aku berjumpa kawan lama aku semasa di UiTM Shah Alam..antara kawan terapat aku...suka duka, pahit manis kami pernah kongsi bersama seumpama tiada rahsia antara kami...sudah beberapa tahun aku x jmpa dia semenjak dia berkahwin.


Kami di Ipoh, Perak

Kemudian perjalanan diteruskan ke Perlis. Perjalanan disebelah utara sangat mendamaikan...terbentang sawah2 padi. Ini yang aku suka bila ke Utara. Di Perlis kami menumpang tidur dirumah kawan kepada adik aku yang beria2 menjemput kami sekeluarga ke rumah dia..kami diberi unit rumah berasingan iaitu rumah yang baru mereka beli yang bersebelahan dengan rumah mereka. Alhamdullilah..jimat dalam 200 ringgit...kos untuk menyewa.

Di Kuala Perlis...

15hb Mei...hari Konvokesyen adik aku...kami menghantar sahaja kedua org tua aku ke UiTM Arau. kemudian kami sekeluarga bersama seorang anak buah meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Tidak sampi 1/2jam dah sampai Padang Besar. aku rasakan biasa2 aje sama seperti Rantau Panjang dan juga Pengkalan Kubur...disini klau hari biasa kedai bukak agak lambat iaitu jam 10 pagi keatas. Jika hari minggu baru dibuka seawal 8.00 pagi.


Tapi berhati2 disini...bagi aku peniaga disini mencekik darah...kenapa aku katakan mencekik darah..ini kerana semasa kami kesini kami membawa 2 anak kecil ketika kami leka melihat brg2 jualan ada peniaga yang mengambil kesempatan dengan memberi permainan kepada anak2 kami...anak aku di beri teropong.. peniaga tersebut menyangkutkan teropong tersebut dileher anak aku. apabila anak2 bermain dengan mainan tersebut aku terasa klu tidak dibayar semacam zalim dengan anak2...jadi aku menyuruh suami membayar...oleh kerana orang lelaki membayar jadi dia bayar jer dengan nilai yang diberikan oleh peniaga tanpa mengetahui harga sebenar teropong tersebut diluar sana...bayangkan teropong yang biasa sahaja yang hanya rm 3-5 je di kedai biasa @ pasar malam. kami dikenakan RM 15 utk 1 teropong....lama2 aku yang melopong. aku tidak menjangkakan itu nilainya..setelah balik baru aku tnya berapa harga teropong tersebut. suami cakap RM 15...giler...........nk buat mcm mn..benda sudah dibayar....klu la itu cara peniaga tersebut berniaga..Peniaga tersebut mmg la mencekik darah dan tidak berniaga dilandasan yang betul..moga2 satu hari nanti dia akan sedar kesalahannya dalam mencari rezeki yang halal.........


Selepas Konvo kami berehat seketika dan terus bersiap untuk pulang ke KL. memandangkan tiada apa lagi yang kami ingin lawati. dan cuaca di Perli sangat la panas...OTW balik KL kami singgah di Penang untuk melawat kakak aku yang belajar di Kolej Pergigian Penang...Jam 1.00 pagi kami sampai di rumah kami di Klang..alhamdullilah..w.pun letih sangat dan badan pun terasa sakit2...perjalanan yang jauh tu hanya 1 malam..walau pada awalnya merancang untuk 2 mlm...


Dalam kereta diatas Jambatan Pulau Pinang

Hari ketiga kami meneruskan aktiviti di Selangor dan KL sahaja memandangkan malam ke 3 mek n ayah aku dah nk pulang ke kampung...



Singgah makan di Cendol Bakar, Kuala Selangor..

No comments: