Wednesday, May 15, 2013

Grill Dan Tinted Cermin….


Kali ni aku nk ceritakan tindakan selepas mendapat kunci rumah. Semasa mengambil kunci rumah dan buat joint inspection pihak kontraktor telah pun mengambil giliran untuk promote kerja-kerja renovate rumah, seperti memasang grill, tinted cermin rumah, buat kitchen cabinet dan segala macam kerja renovate rumah.

Sememangnya memasang grill ada keperluan yang amat penting skali. Jadi mahu x mahu grill terpaksa dipasang terlebih dahulu dipasang. Tinted cermin mengikut kepada bajet masing2. Tetapi dek kerana offer tinted cermin amat2 berpatutan jadi kami mengambil kedua2nya. Walaupun pada perancangan awal tinted cermin tidak pernah terlintas dalam bajet kami.


Bahagian Dapur

Grill kami memilih jenis yang biasa (straight je patternnya..)sahaja kerana kami menginginkan grill berwarna putih dan simple tapi selamat. Pihak kontraktor pun kata grill jenis simple dan dibuat dari besi lagi selamat daripada grill yang wrought iron yang mempunyai corak2 yang pelbagai ini kerana corak2 tersebut menyebabkan grill tersebut hilang sedikit kekuatan. X tau la betul ataupun x….


Tinted pulak kami memilih jenis HD green tinted…yang jenis x murah dan jugak x mahal sangat… mampu milik. Klu yang jenis murah sikit tu tinted agak nipis sedikit dan tinted tersebut jenis yang x berkilat. Fungsi tinted adalah untuk mengurangkan cahaya matahari direct masuk kerumah dan jugak langsir rumah pun lambat pudar nanti.
Grill Sliding Door Depan...

Total kedua2 kerja tersebut kami dicaj rm 4,900.00. Murahkan?...untuk rumah lot tepi…sangat berbaloi2. Harga ini kami dapat kerana kami rumah tepi pertama yang amik kerja dengan mereka. Jadi mereka ingin jadikan rumah kami sebagai rumah contoh. Kalau rumah tepi akan nmpk lebih cantik untuk dijadikan rumah contoh kata mereka.

Kat sini aku kongsikan kedua-dua kontraktor tersebut;
1.       Kontraktor untuk grill

Class Two Classic Enterprise
Mr. Danny Leow –  019 – 338 2049

2.       Kontraktor untuk tinted cermin

Minus Tint
Miss Fion – 017-311 3941

Entry seterusnya aku akan ceritakan apa lagi yang kami buat dengan rumah kami tersebut.



No comments: