Tuesday, December 30, 2008

Swiss Roll

X'mas lepas aku ada menjemput beberapa classmate utk dtg kerumah kami di Damansara...kerana kunjungan Bazlan utk menjemput kami ke Majlis perkahwinan nya nnt. so aku pun buatkan le kek coklat moist, swiss roll, keropok goreng n popia goreng...tetapi malangnya popia aku yg kali kedua ini pun mengalami masalah sama...pecah ble d goreng. last2 popia tu x jd d hidangkan n masih lg dlm peti ais...

kt cni aku nk kongsi resepi membuat swiss roll. mcm biase resepi nya aku cilok dlm fp mak lang azie...memang sedap.mbr2 pun kata sedap. smpi x percaya aku blh buat swiss roll.i2 la aku semenjak terjerumus dlm fp n blog ni....aku jd suka mencuba sesuatu yg baru terutama dlm mem"baking". dulu masa belajar mn aku tau buat semua ni...time raya jer mesti kakak aku yg sediakan....aku tahu mkn n mintak jer apa yang nk....nk mkn kek tu....nk mkn cookies ni...kakak aku jd mangsa.i2la untung ada ramai kakak n berbuat baik dgn kakak. pasti apa yg d request depa buat....dak pun aku beli jer kt kedai...tp skrg aku lbh suka mencuba...



so ni resepi yg d C&P dr FP Mak Lang...

Kek Gulung/Swiss Roll Batik Sumber : Apek

Bahan-bahan

6 biji telur gred A @ B
4 oz gula castor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu bsr ovelet
3 oz tepung gandum
1 sudu bsr susu tepung
4 oz mentega cair
sedikit coklat emulco
jem strawberri secukupnya

Cara2:
1 Telur,gula,ovelet,baking powder,esen vanilla,tepung gandum dan susu tpg msk dlm bekas dan dipukul dgn kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
2 Adunan dah gebu
3 Masukkan mentega cair,kemudian kacau rata ngan sudit kayu
4 Asingkan sedikit adunan tadi (skit je setakat nak buat line) ke dalam bekas lain,kemudian masukkan coklat emulco.Kacau rata kemudian masukkan adunan coklat ini ke dalam piping bag 5 Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya
6 Paipkan adunan coklat td di atas adunan yg diratakan dlm loyang
7 Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi dari atas ke bawah Bakar dlm oven selama 20 minit dgn suhu 170darjah celcius. Kek dah siap masak
8 Apabila kek sudah masak dan sudah betui2 sejuk, terbalikkan ke atas sekeping kertas kemudian sapukan jem sehingga rata....tolong jgn sapu kuat2
9 Setelah jem disapu rata,gulung kek tadi perlahan2 sehingga kemas.
10 Dah gulung, bolehlah dipotong


Nota mklang :

- jgn lebihkan masa pembakaran nanti terlampau garing susah lak nak gulung..pecah kulit swissroll
- jgn buat nipis benor..susah nak gulung nanti
- time nak gulung tu...cubalah berlembut skit ngan swissroll...kalau ganas2 tersiat plak kulit swissroll yg cantik gebu tu..kulit swissroll ni jenis FRAGILE
- korang nak buat batik jawa ke..batik marble ke...batik kalerpul ke...ikut sukahati koranglah ye! - filling tu boleh jugak letak bcream,choc., jem, blueberi..yg mklang buat tu mklang letak blueberi..sodappp
-pastikan kek sejuk dulu barulah gulung...kalau tak melekat kat paper kuih
- masa sapu jem tu cuba jangan ditekan kek tu sangat...tu sbb kulit dia melekat..
- kalau perhatikan tepung tu nampak skitkan...takpe...jgn risau..
- alas loyang ngan paper kuih tu...biar terjulur dari loyang pun takpe..senang nak angkat...jangan kedekut paper kuih tau...
- nak guna sponge mix pun boleh...tapi rasalah yg original punya dulu..best ke tak
-mklang guna loyang sbread 50 petak tu je...loyang tu kan pelbagai guna...

p/s : klu nk detail step nengok la kt fp maklang k...

Wednesday, December 24, 2008

HUSM - Fatin Humaira

Hari ni aku msk n3 berkenaan Fatin Humaira dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia,Kubang Kerian, Kelantan sesampainya kami dikg ku... disebabkan jangkitan ciritbirit & muntah. selama 2 hari 1 mlm.


Ni 1st day kt HUSM, kesian anak ibu...





Paling sedih bile dia menangis dicucuk drip ke tangan keciknya...slps itu d unjukkan tangan yang berbalut tu pd ibu dan ayahnya supaya di bukakan bandage tu...



Dah petang baru nk makan nasi....ibu suapkan ye bb



Bersama 3 orang sepupu dr kuantan kebetulan blk beraya di kg.



dan kesudahannya malam raya baru kami blh kuar wad. alhamdullilah. nyaris2kami anak beranak beraya di HUSM.


Kepada semua nurse2 doc2 dan petugas HUSM semasa Fatin Humaira di rawat aku dan suami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sabar menjalankan tugas anda.




Friday, December 19, 2008

Irish Cookies

Irish cookies ni resepinya aku cilok dr fp mak lang azie.sbb aku tengok mak lang kata cookies i mmg sedap...so aku pun semangat ler nk membuatnya...hasilnya mmg sedap bg tekak akula..cookies ni smpt aku bwk balik ke kampung masa raya aji hari tu...sbb aku nk kakak aku komen pasal irish cookies ni. bukan apa sbb dia pun tokey biskut raya...kakak aku kt sedap la biskut ni x muak langsung nk makan nye...

Ni hasil yang aku buat.

so kt cni aku tempekkan resepi yg aku c&p dr FP Mak Lang Azie

Irish Cookies
Bahan-Bahan A
180g butter
130g gula castor
20g shortening
1 biji kuning telur 1st nescafe (mklang tak letak)
1st Coffee/cappucino emulco
Bahan-Bahan B
1/2st baking powder }
200g tepung gandum } ayak
100g tepung ubi }
40g nestum (kisar kasar)

Hiasan: putih telur – sapuan, badam flake dihancurkan dan choc. rice (mklg drizzle aje)

Cara
Sebatikan semua Bahan A lalu masukkan Bahan B.
Canai dan terap. Sapukan dengan putih telur dan taburkan badam flake Dan Choc Rice.

Nota: Nestum kisar boleh diganti dgn cornflakes kisar
Nota maklang : mklang guna nestum...dan kalau nak nampak cantik better guna kuning telur utk sapuan tu...kalau putih telur tak berkilat biskut.

Monday, November 17, 2008

Besday

Malam minggu lepas aku and member2 opis lama ke Pandan Indah utk celebrate besday aku yg ke-29 thn. itu rutin biasa yang kami lakukan. itu team opis lama. sue n nor...tp utk klik Uitm aku belum lg celebrate. biasa utk bln Nov kami akan celebrate ber2. iaitu aku n zuha.merupakan rutin tahunan aku. mereka akan menyediakan kek besday utk besay girl/boy. team UiTM kedai kek wajib ialah Secret Recipe manakal bagi Opis lama plak Baker's Cottage.


ini dia kek dr opis mate lama....thank sue & nor


Besday aku sebenarnya pada 10hb Nov bersamaan hari Isnin. Hari tu hubby aku belanja makan di Cheng Ho Restaurant...amy search restoran. actually dh lm kami nk kesana nk rasa masakan kt sana. so kebetulan besday aku hubby cadang g mkn kt sana. pd pendapat aku mknan kt sana memang sedap. paling aku suka ialah.. sizzling lamb.


Ni gambar sesudah kami makan...layan jer la...




Masa aku kecik2 dulu x pnah aku sambut besday. bila tiba harinya aku akan wish diri sendiri. sbb x der sesiapa pun ingat besday aku masa tu. mmg agak menyedihkan jugak. tp skrg alhamdullilah. bila tiba jer 10hb Nov... rmi yg wish pd aku. ianya menjadikan aku lebih bersemangat dan terasa masih ada yang sayang....tp paling penting ialah dari hubby aku yang tercinta. kawan2 dan adik beradik juga penting bagi aku.

Tahun ni merupakan tahun akhir aku bermula dgn nombor 2. Tahun depan akan bermula pula dengan angka 3. tp bg aku angka bukan la segala2nya....

Wednesday, November 12, 2008

kali pertama....


banyak perkara kali pertama berlaku dalam hidup aku...

kali pertama menjadi anak, kali pertama menjadi isteri juga kali pertama menjadi seorang ibu... satu-satunya perasaan yg tidak dapat di gambarkan.

Kali pertama aku tau, aku akan bergelar seorang ibu.... perasaan aku bercampur baur, seronok,takut,gelabah mcm2 lagi...kalah perasaan aku semasa akan menjadi seorang isteri dulu... debar n seronoknya semacam...kadang2 aku takut akan hilang sayang suami ku kearah anakku nanti. sayang lagi mcm dulu @ pun sudah terkurang. setelah melihat anak aku utk kali pertama hilang semuanya....yang tinggal cuma syukur ke hadrat ALLAH kerana telah mengurniakan seorang anak yg cukup sifatnya. serta sihat walafiat. Lebih mengejutkan kami sekeluarga dan doktor yg bersama dalam labour room ialah beratnya 3.80kg tidak disangka2 anak aku rupanya montel sesangat. kerana sehingga ke saat kelahirannya doktor menyatakan baby aku kecik aje....nasib aku bersalin normal w.pun aku berbadan kecik aje. itulah kehendak Illahi....DIA yang menentukan segalanya.Akhirnya kami namakan anak kami Fatin Humaira...moga menjadi anak yang solehah.

dan inilah entry PERTAMA aku dlm blog aku ini....semoga ianya menjadi catatan kehidupan aku yang boleh ditatapi oleh anak-anak ku di kemudian hari.....