Skrg musim sakit mata...akibatnya kami satu rumah dijangkiti penyakit tersebut...skrg ni pun aku masih mc...semalam br dpt 1minggu mc...dari doktor pakar mata GH Kl, kami husband n wife...
Sakit mata bermula dari abah yg ntah dr mn dpt jangkitan....terus kepada mak...kemudian Fatin Humaira juga kena tempiasnya...setelah 10hari fatin humaira sakit mata aku pulak yg terkena dan akhirnya benteng pertahanan suami ku pulak roboh..mendapat jangkitan....Syafikah ank mak jaga yg cuba utk mengelak jgk akhirnya terkena dan merebak lagi ke rumahnya...
Tapi paling teruk ialah anakku Fatin Humaira...setiap hari kami terpaksa berulang alik ke pakar untuk membuang selaput di matanya...kesian dia...menangis kesakitan...aku kuatkan semangat semasa menemaninya pada saat doktor menjalankan rawatan. sehingga saat aku menaip ini dia masih di hospital utk pemeriksaan lanjut dr doktor pakar. Hari ni suami ku sahaja yg menghantarnya krn aku juga perlu ke klinik berdekatan rumah...
Boleh dikatakan kami 3 beranak agak teruk mendapat jangkitan ini. aku sendiri hari ini sudah masuk seminggu mata ku masih lg merah dan bengkak. Kerja? minggu lepas sahaja aku byk cuti dr kerja memandangkan aku perlu berada dihospital setiap hari, menghabiskan masa disana selama 1/2 hari...utk mendapat rawatan Fatin humaira..
Pada Doktor2 mata juga nurse2 di GH KL yg merawat kami anak beranak berbanyak terima kasih aku ucapkan.
4 comments:
Alahai mak su, nur ain, shauqi dan aiman pun kena juga. Hari jumaat lepas pegi jumpa dr, hari isnin lepas pegi lagi sebab tambah teruk. Ha ni baru balik dari pusrawi, mata kakak dah berdarah. Letih mak cik ni ...
salam ajnie
mcmana sakit matanya, dah sihat ke belum nih? kite doakan semua nya dah kembali pulih
K Roze
Tu la bahananya penyakit berjangkit ni....silap2 boleh merebak satu taman perumahan...
Manje
salam...terima kasih.kita dh sihat dh w.pun doc suh berjaga2 lagi...sbb kita kena jangkitan yg agak kronik. Skrg hubby kita yg belum sihat lg. smpi doc tambah lg MC dia..n still kena p spital wat treatment.
Post a Comment