Thursday, May 23, 2013

Hob, Hood dan Oven…

 Misi Mencari Hob, hood dan oven diteruskan. Pertama skali aku google internet jenama apa yang bagus digunakan. Dan pastilah mengikut bajet kami. Ramai yang bercakap brand Rubine. Aku pun agak terpengaruh dengan brand Rubine ni…aku rasa memang ramai yang pakai Rubine. Rubine harganya harga yang ramai mampu membelinya…disamping google internet aku jugak bertanya dengan kawan2 brand apa yang mereka pakai dan pengalaman mereka.


Memula sekali kami ke kedai yang salah seorang kawan cadangkan…kedai yang berpatutan harga barang2nya…Kedai tersebut terletak di Sri Rampai. Memang betul kata kawan aku tu…aku dapat Hob, Hood dan Oven untuk Brand Rubine hanya RM 3,000.00 berbanding 2 buah kedai lain yang harga lebih mahal berbanding kedai tersebut. Kedai  lain mahal rm 200 – 300 bagi spesifikasi yang sama. Kedai tersebut bernama One E & E, berdekatan toyata servis di Sri Rampai.

Ada juga kedai suggest kepada kami brand fortile…aku dengar fortile ni pun bagus dapurnya…tetapi kedai yang suggest tu memberi quoatation yang agak tinggi iaitu RM 3,800.00 secara automatic mmg kami xkan beli la…dh over bajet.

Dan semasa minggu kami confirm nk bli dapur Rubine yang berharga RM 3,000 tu Inchik Suami ajak survey sebiji kedai lagi yang mengiklankan jualan murah dapur Rubine jugak di Danau Kota, Setapak. Malangnya semasa hari minggu salesman cuti dan kami terpaksa meninggalkan no. phone untuk dihubungi bagi mengetahui harga bagi model2 yang kami inginkan.mmmmm….agak lecehkan… kemudian kami ke Kedai Elektrik yang agak berdekatan dengan kedai tersebut. Iaitu kedai BGC Orange…x silap aku la..kat sini tiada brand Rubine..salesman tu bertanyakan bajet kami dan terus mencadangkan brand Rinnai…Rinnai mmg ok brandnya mengikut survey aku… kebetulan bulan mei ada Offer jadi brand rinnai agak berdekatan dengan bajet kami..RM 3,400.00…tetapi Ovennya hanya mempunyai 5 function….aku mencari oven yang lebih pada 5 function. Akhirnya salesman tu memperkenalkan Fortile yang mempunyai 8 function…rm 3,800.00 untuk  set  lengkap Hob, Hood dan Oven. Fuhhh….lari bajet ok…tapi penerangan salesman tu sangat menarik hati dan penerangannya memang logic.

Hood


Hob


Oven 8 function...

 Akhirnya aku menawarkan RM 3,500.00 untuk set tersebut…jika dapat harga tu aku beli kalau x dapat aku akan ke kedai sri rampai tu…salesman tu garu kepala..ki ki ki…sambil ke mejanya…kemudian dating balik dengan menawarkan harga akhir iaitu RM 3,570.00…itu pun harga kontraktor sebenarnya..alhamdullilah rezeki kami. Kami terus membayar harga tersebut. Dah setel bab Hob, Hood dan Oven. Alhamdullilah…

Lepas ni mungkin kami akan survey kipas dan lampu pulak..gaji pun dah nak masukkan....




8 comments:

zahra said...

Salam..ok x brand fortile? Tengah mncari2 kualiti terbaik..

zahra said...

Salam..ok x brand fortile? Tengah mncari2 kualiti terbaik..

shidasanmil said...

eh eh...sama la pulaa saye pn suke beli kt kedai e & e tu..cina tu punye explaination mmg buat saye percaye trus beli...tp beli washing machine n fridge je kt situ...so far service ok...

ni pun tgh cari hob n hood n oven...so far ok x fotile ituuw..hope u dun mind sharing....

hehe

Unknown said...

Salam..bole bagi full address tak utk kedai e&e tu? tgh survey gak ni

ajnie's said...

Wslm semua sori..br bkk blog so far pki ok jer..x der mslh...nnt sy bg alamat kedai yer..

Anonymous said...

slm..blh bg address kedai tu tak..mcm menarik je tawarannye

Unknown said...

Hi kak nak tahu oven 8 function to boleh senaraikan tak ape je ada...

rose said...

Mencari hood jugak ni.
Mula2 nk amik rubine @ elektrolux.
Tapi baca review europe brand x sesuai ngn kita.
Kita ni masak minyak2.
Tu survey fortile ni.
Cheff wan pon pkai brand ni