Wednesday, March 25, 2009

CHEWY GOEY YUMMY BROWNIES





Bahan-Bahan


A

250 gram butter
400 gram chocolate - potong kecik


B

6 eggs

340 gram brown sugar

2 tsp esen vanilla 20 gram chocolate emulco


C

80 gram tepung gandum..ayak ya

60 gram cocoa powder..ayak sama tepung gandum

140g kacang walnut/pecan/almond/macadamia (optional) - bakar dan gaul bersama tepong dan koko


Caranya


1.panaskan oven suhu 160'c, sediakan dan alas acuan ukuran 12 inci x 12 inci

2.double boil bahan A (butter dan chocolate)hingga cair, ketepikan biar suam sikit

3.pukul bahan-bahan B (telur gula esen dan chocolate emulco) hingga gula hancur - guna hand whisk saja

4.tuangkan adunan chocolate dan gaul sebati

5. masukkan tepung dan digul lagi hingga rata. Jangan gaul terlalu lama

6. tuangkan kedalam acuan dan bakar 150'C / 50 minit-I jam (bergantung pada oven)

7. setelah masak, biarkan dalam acuan hingga sejuk. Lebih sedap kalau disimpan semalaman

8. sedap dimakan sama ada begitu saja atau dibubuh ganache.

9. boleh juga dimakan dengan icecream atau sos kastad



actually dh lama kita nk mencuba buat brownies ni gara2 hubby kita puji brownies yg opis mate lama kita buat. sblm ni mmg kite x knl apa itu brownies...yg tau kek jer...bila duk menelek dlm fp mak lang and the gang byk lak resepi brownies so kita cuba yg mn dpt komen yg best2 la...so kita try resepi kt atas tu...blh tahan gak rasanya...so jom kita sama2 mencuba...klu mls boleh la order ngan kita...

Monday, March 23, 2009

Roti Bakar, Sup Cendawan dan Kacang Panggang...

Roti bakar, sup cendawan adalah breakfast yg slalu gak kita buat bila tibanya hujung minggu...bukan apa nk preparenya mmg sng banggat...jangan ingat bila kita kata sng sup cendawan tu kita beli siap dlm tin...sup cendawan tu kita buat sendiri. kita ikut resepi dlm web my resepi dari minami 133...bila 1st time try kita rasa sedap jgk sup ni so kita pun wat koleksi resepi feberet kita dan keluarga.

Biasanya bila buat sup cendawan ni mesti ada roti bakar. tp kali ni hubby kita tambah satu lagi menu..kacang panggang x silap kita nm kacang ni. haa..yg ni mmg beli siap dlm tin...kita cuma panaskan aje dlm periuk sblm mkn... bagi kita kombinasi 3 menu ni cukup menyelerakan breakfast ngan hubby and ank sambil tgk TV pagi2 minggu.

Ni la pakej lengkap utk breakfast ujung minggu.

Disini kita selitkan resepi sup cendawan utk dikongsi bersama. bagi sesapa yg nk try...mmg sng sgt nk buatnya...

Mushroom Soup




Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto (kita x ltk...)
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti
.

Wednesday, March 11, 2009

Sakit Mata

Skrg musim sakit mata...akibatnya kami satu rumah dijangkiti penyakit tersebut...skrg ni pun aku masih mc...semalam br dpt 1minggu mc...dari doktor pakar mata GH Kl, kami husband n wife...

Sakit mata bermula dari abah yg ntah dr mn dpt jangkitan....terus kepada mak...kemudian Fatin Humaira juga kena tempiasnya...setelah 10hari fatin humaira sakit mata aku pulak yg terkena dan akhirnya benteng pertahanan suami ku pulak roboh..mendapat jangkitan....Syafikah ank mak jaga yg cuba utk mengelak jgk akhirnya terkena dan merebak lagi ke rumahnya...

Tapi paling teruk ialah anakku Fatin Humaira...setiap hari kami terpaksa berulang alik ke pakar untuk membuang selaput di matanya...kesian dia...menangis kesakitan...aku kuatkan semangat semasa menemaninya pada saat doktor menjalankan rawatan. sehingga saat aku menaip ini dia masih di hospital utk pemeriksaan lanjut dr doktor pakar. Hari ni suami ku sahaja yg menghantarnya krn aku juga perlu ke klinik berdekatan rumah...

Boleh dikatakan kami 3 beranak agak teruk mendapat jangkitan ini. aku sendiri hari ini sudah masuk seminggu mata ku masih lg merah dan bengkak. Kerja? minggu lepas sahaja aku byk cuti dr kerja memandangkan aku perlu berada dihospital setiap hari, menghabiskan masa disana selama 1/2 hari...utk mendapat rawatan Fatin humaira..

Pada Doktor2 mata juga nurse2 di GH KL yg merawat kami anak beranak berbanyak terima kasih aku ucapkan.