Sebelum ni kita pernah janji dengan kak jie jie nk mskkan resepi kek keladi. Setelah sekian lama di janjikan ni br kita berkesempatan nk masukkan resepi ni.
Ni kerja-kerja melayer kek
Kek Lapis Keladi
Bahan-bahan untuk kek
500gm spongemix
8 biji telur gred B
100 gm air
100 gm mentega/ majerin - dicairkan
Hiasan - kelapa parut kering
Cara-cara
1. Tepung, telur, air dipukul hingga sebati dan pekat dengan kelajuan yang tinggi.
2. Masukkan mentega cair tadi. kacau dengan senduk sekejap sahaja.
3. kaut balik adunan dan tuangkan kedalam tin pembakar yg sudah dialas kertas.
4. Bakar selama 50 -60 minit dgn ketuhar suhu 220 c - ni bergantung pd oven memasing ok.
5. Masak, kek disejukkan dan potong kek beberapa lapis yg di sukai- biase kakak kita buat 3 lapis jer.
tips utk ptg kek:
sebelum potong kek masukkan kek yang telah sejuk kedalam peti sejuk selama 3 @ 4 jam ini akan menyenangkan kerja-kerja memotong kek.
Bahan-bahan untuk kastad
1/2 kg keladi di kupas dan direbus (potong kecik2)
4-5 cawan @ 800gm santan
40gm tpg gandum
40 gm tpg jagung
1 cawan gula
2 helai daun pandan
4 biji kuning telur
sedikit garam dan pewarna ungu
Cara-cara
1. Keladi diblender bersama santan, kuning telur, tpg gandum dan tpg jagung.
2. Masukkan bahan-bahan tersebut kedalam periuk. campurkan garam, gula, pewarna & daun pandan.
3. Kacau atas api yang sederhana sehingga pekat dan sebati.
kemudian sejukkan sekejap kastard td. masa suam2 kuku tu boleh la dilayer keatas kek.mcm layer kek biasa.
Kek ni mmg sedap...cuba lah...
Rumah kecil tiangnya seribu, Rumah besar tiangnya sebatang, Waktu kecil kau di timang ibu, Dewasa mu di pukul gelombang, Berhijrah ke alam remaja, Menguji ketabahan jiwa, Tiada seindah impian, Sesungguhnya hidup perjuangan, Cabarannya tetap datang, Umpama laut bergelombang, Yang gagah akan berdiri, Yang lemah akan ketepi Berjaya disanjungi, Kecewa dibenci, Begitulah lumrah manusia, Agar kau tak kecewa....
Monday, June 22, 2009
Tuesday, June 16, 2009
Baju Melayu Part 1
Baru-baru ni pada 14hb Jun 2009 kita berkesempatan meng "attend"kan diri ke kelas menjahit baju melayu Kak Khaty...kelas BM ni diadakan sebanyak 2 sesi iaitu 2x ahad.1 to 1 basis
Sebelum ini dh lama menyimpan hasrat utk belajar menjahit baju melayu ni...tp keadaan dan masa x mengizinkan. selepas menghabiskan couse menjahit pakaian wanita 2 thn lps...mmg bercadang meneruskan kelas utk baju melayu. kain sudah dibeli pada masa tersebut tp disebabkan keadaan x mengizinkan keinginan tersebut dipendamkan.
Dan sekarang impian menjadi realisasi...teruja sungguh nk attend kelas tu. n terima kasih kak khaty kerana membuka kelas intensif pd hari ahad. Nnt akan kita tempekkan gambar baju melayu tu pd posting akan datang. Baju tu kita buat utk hubby kita yg terchenta....
p/s : kak tam skrg blh la tempah bj melayu sauki dan aiman utk raya ni...

Thursday, June 4, 2009
Balik kampung...
Malam ni insyaallah kami sekeluarga dan di sertai adik n suaminye akan bergerak balik kg. di Kelantan. Aduh rindu kepada kg tidak tertahan lagi sudah 2 minggu kita membilang hari untuk balik kg. last blk kg masa Hari Raya Korban pd penghujung thn lps sudah 6 bulan berlalu. sbb tu rindu di hati x tertahan lagi...
Planning asal kami sekeluarga sepatutnya blk pd cuti 1st may tu...tp dek kerana mek, ayah n adik datang ke KL pd pertengah bln april jadi kami postpone ke bln jun...jika sebelum ini kita membilang hari. skrg kita membilang detik jam yang berlalu...seboleh2nya ptg ni jugak nk bergerak....
Bermacam-macam agenda sudah di planning...dan yang paling penting kita nk mkn semua masakan kelantan yg sudah lama x di jamah...kt KL bkn x der tp...keaslianya sudah pudar....
So kampung ku...tunggu...kepulangan ku sekeluarga. kami berada di kg dari 5 jun - 8 jun...

Wednesday, June 3, 2009
3rd Anniversary 02.06.09
2hb Jun merupakan tarikh yang permulaan hidup kita sebagai seorang isteri... tiga tahun lepas, selepas isyak kami diijabkabulkan sebagai suami-isteri terpatri sudah perjanjian yang kami buat, juga bermulanya perjanjian yang kami tandatangani sebagai suami-isteri.
Alhamdullilah sehingga hari ini istana yang kami bina masih teguh dan harapan agar istana cinta ini teguh selamanya.walaupun sesekali ombak dan badai menimpa kami. Sepanjang tiga tahun bergelar isteri selama itu juga pengalaman yang dikutip buat pedoman.
Buat suamiku ....terima kasih atas segalanya...moga perkahwinan yang dibina atas dasar cinta ini kekal hingga ke akhir hayat kita...

Subscribe to:
Posts (Atom)