Thursday, December 30, 2010

25-26 Disember - Kuantan


Pada 25 Disember 2010 kami sekeluarga berpesta di Gambang Water Park, Pahang...sesaja je berkumpul adik beradik... so seharian jugak la kami menghabiskan masa kt sini..yang paling seronok tentu la anak aku...memang x puas main...

Hari kami kesana..memang ramai orang..smpi mandi pun berlaga bahu....


Muka budak yang suka main air...siap dapat pelampung baru...


Kakak yang ketakutan nk masuk Gua gelap...

Underwater...

We are here...

Kami sekeluarga..

Kakak dan anak buah...

Dah nak balik kami menaiki tram sesaja je nk ronda...padahal naik tram x smpi 5 minit pun...

Malam tu kami tido d rumah baru kakak sulung aku..kebetulan dia pindah ke rumah baru dia... esk nya kami ke pantai yang sememangnya dekat dengan rumah kakak sulung aku tu bagi melayan anak sulung kami mandi pantai...memang seronok la dia...


Ayah teman kakak main air..di Pantai Balok...
Ayah kakak mmg best...




Mc Donald Teluk Chempedak, Kuantan


Me, Khadijah & Fatin Humaira di Teluk Chempedak..

Sebelum balik ke KL kami singgah di Teluk Chempedak untuk lunch saje je x mkn rumah kakak sbb mak buyung nk makan prosperity burger...sbb lps ni..mak buyung kena diet..kerana dah tau ada diabetes..so kena berjaga2 la...x leh mkn manis2...

Lepas tu hantar anak buah Khadijah ke rumah kakak aku no.4...lepak jap terus gerak balik..


On the way balik KL..selepas tol Karak...Jam...sebab ada lori treller rosak berdekatan dengan Lentang....

Next..........jalan-jalan........kemana ye...........tunggu........

Wednesday, December 29, 2010

Cukup Sudah 30 minggu..

Hari ni genap sudah 30 minggu aku mengandung anak ke-2 ni..alhamdullilah..aku masih kuat lagi. walaupun buat masa sekarang aku di sahkan menghidapi diabetes semasa hamil...buat masa skrg aku cuba mengamalkan diet yang disarankan oleh nurse...

Hari ini jugak aku perlu membuat BSP...4x perlu diperiksa darahnya..agak memenatkan untuk aku berulang alik dari rumah ke Klinik. w.pun Klinik hanya la 10 min perjalanan dengan kereta...sekarang aku hanya perlu mengetahui review dari doktor..mengenai reading darah aku... adakah ok atau sebaliknya...hopefully sume ok la..

Tak sabar rasanya nk tgk baby aku ni...sbb sehingga kini aku masih belum mengetahui jantina anak aku..dh 2x scan...tp doc still x nmpk jantina..kerana kedudukannya...tapi lelaki atau perempuan aku tetap menerima dengan syukur....kurniaan yang tidak terhingga ini..

Cuma aku makin berdebar menunggu hari untuk bersalin.......takut......sebenarnya...moga2 dipermudahkanNya..

Wednesday, December 22, 2010

Re Union UiTM Builders...

Al-kisah reunion ni lama dh buat..iaitu pada 11/12/2010 lg..tp br d masukkan n3nya...kes malas la ni..sbb kesemua gmbr dh ada kt FB...

reunion ni di buat rumah classmate di Alam Damai..mmg damai la petang tu..acara bermula selepas asar...tiada acara rasmi pun just...buat bbq...n Mas sediakan makanan....kami tukang makan je...BBQ pulak kaum bapak tolong bakarkan...acara dari selepas asar sehingga la malam..aku x sure last tetamu balik jam berapa..kerana kami balik pun dh jam 10.30 mlm...

Seronok jumpa teman2 sperjuangan 10thn lps..mmg best..sbb masing2 sudah ada anak...macam aku lagi la...aku n hubby mmg sekelas masa Diploma dulu...kami Diploma Bangunan dari 98-2001...so kwn hubby adalah kwn aku jugak...

Kami di UiTM mmg sekelas dari mula2 daftar hingga la kebanyakkan akan graduate sekali..x mcm U lain...yg kelasnya mengikut subjek yg kita amik...di UiTM kami mmg mempunyai kelas khas untuk batch masing2..x perlu bergegas2 ke dewan kuliah...lbh kurang mcm sekolah jugak..sbb tu kami agak rapat antara 1 sama lain..tambah2 budak2 kelas kami...terkenal dengan kenakalan kami pada masa tersebut...sehinggakan ada lecturer yang merajuk dengan kami...

Dan aku n hubby pulak pasangan tunggal berkahwin dengan classmate sendiri...agak mengejutkan semua kawan2...kerana kami bukanlah pasangan yang bercinta...semasa di kampus...sebenornya pada masa tu...kami dh ada boypren n gelpren lain..ha ha ha.....malah kami juga bukan la rapat...hanya setakat kenal sebagai classmate sahaja..tapi ALLAH menentukan bahawa kami menjadi pasangan suami isteri yang bahagia...Alhamdullilah..syukur...


Sesi makan...tuan rumah depan sekali...


Time sume pakat serbu....


Antara yang hadir...

Terima kasih pada classmate kami dan hubbynya kerana sudi meminjamkan rumahnya buat seketika...hubby nya sangat sporting...lenkali leh buat lagi...

Kek Coklat Moist Sedap


Kek coklat aku buat masa Reunion UiTM Builders 98-2001 kt umh kawan di Alam Damai, Cheras sebagai buah tangan...

Alhamdulliah mendapat feedback yang membuatkan aku tersenyum lebar...actually ni 1st time aku guna resepi ni..dh lama copy dr MY RESEPI tp br cuba,...mmg sedap kek ni...gebus gitu...

so kt sini aku kongsikan resepinya...terima kasih zalisa..

Kek Coklat 'Moist' Sedap dr Zalisa MyResepi

  • Bahan A
  • 21/2 cwn tepung gandum
  • 1 cwn serbuk koko
  • 11/2 tsp soda bikabonat

  • Bahan B
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • *** telur ni aku modified skit..aku guna 5biji telur gred B. amik kuning n putih telur sume..
  • 1 1/2 cwn air

  • Bahan C
  • 11/4 butter (313 gm)
  • 2 cwn gula halus(aku kurangkan skit..)

  • TOPPING
  • 250g coklat masak
  • 135ml whipping cream
  • 10g butter

Cara-cara

  1. Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  2. Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  3. Pukul bahan C sehingga kembang
  4. Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10" yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  6. Bakar pada suhu 180'C selama 1 jam atau sehingga masak.
  7. Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  8. Sementara tunggu kek sejuk, buatlah toppingnya pulak.
  9. Cairkan coklat masak menggunakan kaedah 'double boiler'.
  10. Masak whipping cream sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masak dan pukul hingga pekat.
  11. Masukkan butter dan kacau hingga sebatilah.
  12. Biarkan sejuk sblm diratakan ke atas kek.

Tuesday, December 14, 2010

Daging Merah Ala Thai

Daging Merah Ala Thai



Dah lama try resepi ni..ni guna daging korban yang dibawa balik...so dh biasa mkn daging goreng biasa n black pepper aku try pulak resepi ni...simple n mudah..so kt sini aku sharekan resepi ni. resepi ni aku amik dr My Resepi...

Sumber : jeezy@myresipi.com

Mintak izin share ye..

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 kg daging lembu (direbus sampai empuk)
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat
  • 1 sudu besar cili giling
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit sos ikan (thailand mari)
  • Sedikit sos tomato
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun ketumbar/daun sup/daun bawang untuk hiasan (mana2 pun boleh)

Cara-cara

1. Daging yang dah siap direbus tu potong nipis2 ya.

2. Panaskan minyak sikit, goreng daging dulu sampai kuning2 sikit, ketepikan.

3. Tumis bawang putih sampai naik bau, masukkan cili giling.

4. Goreng2 sikit agak2 garing tu bolehlah masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.

5. Masukkan daging tadi dan bawang besar yg dihiris kacau2 dan rasa garam dan gula.

6. Kalau nak kuah lebih bubuh air sikit dan tambah sos tomato.

7. Dah masak bolehlah diangkat dan hidangkan. Taburlah daun ketumbar yg dihiris tadi biar lawo sket.


Tuesday, November 23, 2010

Hari Raya Aidiladha 2010


Khadijah Annisa with Fatin Humaira..di kg.

Hari Raya Aidil Adha kali ni..kami raikkan di kg halaman aku...juga pertama kali dalam sejarah hidup aku..aku smpi di kg aku jam 11pagi di pagi raya...agak tghari..ini kerana mmg jammed teruk di malam hari raya tersebut.

Kami bergerak dari KL jam 1 pg..bygkan perjalanan kami yg panjang itu...tidak lupa juga kami sempat tidur di Stesen Minyak di Bentong...kerana hubby tidak larat nk meneruskan perjalanan kerana sepanjang perjalanan..kereta mmg tidak pernah surut...


Lembu Korban mak mertua utk anak2 nya..dibuat di rumah aku...di Hari Raya Ke-2


Riang anak kecil bermain pasir pantai..di Pantai Irama, Bachok


Jammed di Jambatan menghala ke Bandar Terengganu...

Balik ke KL kami melalui negeri Terengganu Darul Iman..sengaja kami melalui negeri ini memandangkan cuti masih ada lagi...sesekali berjalan makan angin mmg menyeronokkan...disamping itu juga kami memang berniat untuk mandi pantai bagi melayan kehendak puteri kami tu...tapi malangnya sekejap sahaja puteri kami mandi pantai disebabkan hujan lebat...


Mandi laut di Rantau Abang, Terengganu

Dari Terengganu kami menghala pula ke Kuantan... dan kami bermalam di rumah kakak sulung aku...pepagi seusai sarapan pagi..kami bergegas pula ke Pantai..untuk tujuan menyambung hajat mandi pantai...akhirnya kami singgah di Pantai Beserah sahaja w.pun plan asal adalah untuk ke Pantai Cherating...

Di sini aku pun turut sama mandi pantai w.pun pada mulanya hanya menjadi penonton setia..ini dek pujukan puteri kecik aku dan jugak Putera raja yang bersungguh2 mengajak mandi sama...akhirnya bagi tidak menghampakan aku turun jugak...bagi memenuhi kehendak orang2 yang aku sayang...


Mandi Pantai di Pantai Beserah Kuantan..


kakak ralit bermain pasir...


Setelah hampir 2 jam kami di Pantai kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur...


Karak Highway otw blk ke KL..jammed...

Selesai sudah perjalanan kami ini..setibanya di Kuala Lumpur...

Kuantan 25hb Disember 2010 ini tunggu kedatangan kami sekali lagi untuk bercuti di Gambang Water Park bersama keluarga aku....

Monday, November 22, 2010

Puding Karamel


Puding Karamel yang dibuat 2 minggu lepas...mmg suka ngan puding ni...selalu buat puding karamel mmg guna resepi kt bawah...

Resepi yang amik dr Myresepi kredit pada Alia..sy mintak izin share kt blog ye..

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair- aku suka guna susu segar
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik - aku guna 5 biji telur terus...sayang nk buang..
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Tuesday, November 9, 2010

Nasi Lemak Kukus Taman Bunga Raya...


Fatin Humaira...

Dah lama ngidam nak makan nasi lemak..nk msk sendiri..x pandai sgt...(sebenornya..x sedap) jadi p la makan kt kedai je...abis cerita.. jadi setelah lama duk postpone br la p...itu pun br teringat kt Taman Bunga Raya ada warung jual nasi lemak dan Char Kuew Teow..

Sebelum ni.mmg x penah makan nasi lemak kt sini..slalu dtg cni untuk makan char kue Teow jer...kali ni kami makan nasi lemak..Sesapa yg tahu tmpt ni..tahu la mcm mn panjangnya beratur utk order nasi lemak n Char Kuew Teow dia..sini sume self-service...pelayan dia tukang cuci meja sahaja....betapa ramainya org mai makan kt cni..


Sebahagian pengunjung yang menikmati juadah...


Nasi Lemak Kukus + Ayam Goreng Berempah...
aku bagi 3*...x der la sedap sangat...tp ok la...

Nasik dia mcm pulut skit...

Monday, November 1, 2010

Cameron Highlands 24 Oktober 2010



2 minggu lepas kami 3 beranak telah ke Ipoh dan Cameron Highlands,...kami pergi pepagi seawal 7.30pg dari rumah dan blk ptg...sudahnya...9.30 malam kami sampai di rumah...letih mmg letih...tapi puas..

Destinasi sebenar kami adalah Ipoh...untuk makan mee kicap...dah lama aku nk makan mee kicap ni..tp sbnrnya aku bukan makan mee kicap...tapi kuew teow kicap..mee aku kurang gemar...oleh sebab itu lps breakfast kami ke Cameron Highlands...


Kami...



Bunga di Rose Valley


Di RnR...singgah solat magrib n makan...

Tahniah Buat The Red Warriors...

Demam bola sepak piala Malaysia telah tamat...kemenangan berpihak pada negeri Kelantan..negeri asal usul aku...ha ha ha aku ni cik mek molep kelantan..sebenarnya...mmg lahir n besar disana...cuma masa2 agak senja ni aku habiskan di luar dari Kelantan..sementelah kawin ngan org luar (KL jgk...N9).

Pada pagi sabtu...aku keluar bersama ank dara kecik aku tu...Keluar je ke MRR2..aku dh nmpk bendera merah berkibar atas jalan raya....wah......penyokong2 Kelantan...kembang kucup rasanya..tgk org sekapal berkonvoi...w.pun aku bukan peminat bola sepak...tumpang gembira..dalam hati aku berdoa..moga2 mlm tu..Kelantan beroleh kemenangan........klu idak aku x tau apa akan jadi..terbayang eksiden tahun lps...

Malamnya aku..keluar lepak bersama kawan2..kebetulan kt Rasta TTDI ada ditayangkan perlwanan...smpi2 di Rasta aku tgk dh 0-1..adui...habis..aku ckp..kalah lagi.......tup2 masa ke-2...Kelantan jaringkan gol.........akhirnya..Kelantan menang........tahniah buat pasukan Kelantan..aku tumpang gembira...

Pada Hari ahad tengah hari bendera Kelantan masih berkibar di MRR2...pasukan penyokong..berangkat pulang...

Tuesday, October 12, 2010

Sekian lama

Tiada salam ramadhan juga tiada salam Syawal...menjelma kini di bulan Zulkaedah...

X tau kenapa lebih 2 bulan ni agak berat untuk ak
u mskkan entry di blog ini...

Cuma cerita dibulan Ramadhan lepas hanya la biasa2 sahaja...pada bulan Ramadhan juga aku sempat balik ke Kg aku..untuk berpuasa bersama family disana...


Fatin Humaira Di Sultan Ismail Airport, Kota Bharu. masa ni dh nk blk KL...

Disamping itu juga adik aku yg lelak
i telah berjaya menyambungkan pelajarannya di India dibawah tajaan MARA...tahniah diucapkan..semoga pulang nanti akan menjadi Doktor GIGI yang berjaya...

Pada akhir ramadhan aku agak kelam kabut menyiapkan baju raya aku dan juga anak dara ku...planning nye nk jahit kain lain utk raya pertama tetapi akhirnya ditukar kepada kain lain...Malam diumumkan raya aku bergegas ke Nagoya Wangsa Maju untuk membeli kain Cotton yang semestinya senang dijahit...akhirnya aku berjaya jugak menjahit 2 pasang baju raya aku..termasuk sehelai tudung...untungnya aku..sbb tahun ni aku beraya di KL dan N9...jadi tidak perlu balik kampung seawal mungkin...


Cerita di Bulan Syawal agak memeritkan..apa tidaknya..pada tengahari 1 Syawal semasa kami OTW blk N9..berdekatan susur keluar Nilai., ami telah mengalami kemalangan...yang telah melibatkan 3 buah kereta...tetapi kami bernasib baik kerana semua penumpang dalam ke 3 3 buah kereta tidak mengalami kecederaan...cuma emak mertua luka sedikit akibat terhantuk di kerusi depan...Alhamdullilah..syukur...cuma kereta kami agak rosak teruk..maklumlah..kami yang hentam kereta org...


Bumper kereta yang sudah kemek...



Kereta di Tow dari Pekan Rembau

Akibat dari itu..sebulan di bulan Syawal kami tidak kemana2..kerana kereta telah dihantar ke bengkel...dan insyaallah seminggu lg br boleh keluar...bagi aku yang biasa mempunyai kereta sendiri ketiadaan kereta mmg agak memeritkan...bile hendak ketempat jauh terpaksa meminjam kereta pak mertua... dan setelah lama aku x bermotor akhirnya aku terpaksa bermotor untuk ke tempat kerja...x per itulah Ujian kecil yang Allah beri pada kami sekeluarga....

itulah serba sedikit kejadian yang belaku sepanjang 2 - 3 bulan ini...

Wednesday, July 7, 2010

Blueberry Cheese Tart



BLUEBERRY CHEESE TART

Sweet Pastry

Bahan A
100g mentega
50g gula aising
1 sudu teh esen vanila

Bahan B
1 biji telur Gred B

Bahan C
210 tepung gandum (tuang skit2 hingga dapat adunan yg senang diterap...klu x ckup tmbh skit2)
1/2 sudu besar susu tepung

Cara-cara :
1. Pukul (A) hingga lembut, guna whisker aje dan tambahkan B.
2. Masukkan (C) dan gaul sehingga dpt adunan yg senang digentel.
3. Terapkan dalam acuan kemudian bakar gunakan api atas dan bawah sehingga kekuningan.

FILLING
250g Philadelphia cream cheese
60 g gula caster
20g butter
1 biji telur gred B
4-5 sudu besar fresh cream/ whipping cream
1 sudu besar sunquick
hiasan : bluebery filling

Cara:
1. Pukul semua sehingga menjadi gebu dan tak berbiji.
2. Masukkan fresh cream dan sunquick, pukul sebati
3. Masukkan dalam piping bag dan sedia untuk digunakan...


SELAMAT MENCUBA....

Keletah Fatin Humaira

Antara aksi sepontan anak dara aku..tetiba je pki baldi atas kepala..terus aku capai kamera....






pusing sisi


belakang...

kiut je aku tengok anak dara ku sorang ni...

p/s : kakak..ibu sayang........kakak.......muaah.....

Saturday, June 5, 2010

4th anniversary on 2nd June 2010

2nd June lepas ulangtahun perkahwinan aku yang ke 4...huh sekejap je 4 tahun..mcm br setaun kawin...Pada tahun ni ...my lovely hubby belanja dinner di Ayuthai Restaurant di Wangsa Maju...

Biasanya kami meraikkan hari penting kami hanya dengan makan2...jarang ada hadiah...tapi itu sudah memandai...yang penting kasih sayang sekeluarga semakin bertambah...

Terima kasih sayang....


Aksi Fatin Humaira...


Hubby Tercinta....


Ibu and Fatin Humaira...


Aku yang termenung nungu makanan sambil2 tgk sekeliling..


Appetizer...1/2 dozen Baked NZ Oyster..

Yang ni aku mampu makan 2 ketui jer...sbb dia baked bukan masak sangat pun...muak...


Tomyam Seafood..

Ada lagi menu yang kami amik kerabu mangga , black pepper beef n ketam apa tah..tp dh lpr kami terus ngap je..tanpa amik gambar yang lain...


Kami Bertiga...


Makan Time...

Gambar ni..diambil oleh anak dara kami berumur 3 tahun...tanpa disedari...