Sebenarnya sudah lama aku memikirkan perkara begini...sudah banyak kali dibincangkan di debatkan dengan kakak ku yang seorang itu...sementelah dia juga berminat untuk berhenti kerja...dan menjalankan SOHO (Small Office Home Office) disamping dapat menjaga anak sendiri...sepenuh masa...
Cuma yang menjadi penghalang aku ialah aku tiada keyakinan diri...banyak yang aku fikirkan dengan keadaan ekonomi keluarga ku yang belum stabil...terlalu banyak implikasi yg aku perlu fikirkan...w.pun hati memberontak ingin berhenti saja...satu lagi masalah ialah aku tidak tahu apakan bentuk pekerjaan yang aku boleh jalankan dirumah nnt...biz apakah yang akan ku jalankan...
pertama dulu aku kepingin membuat biz kek..tetapi tidak tahu cara untuk memasarkannya...online..aku pernah terfikir cara begini cara zaman moden..tetapi kekurangan aku buat masa sekarang aku tiada lap top mahupun internet dirumah..
kedua...aku ingin menjahit...tetapi bidang ini belum memberi keyakinan aku untuk mengambil upah menjahit....kerana dirasakan ilmu dalam bidang jahitan masih lagi cetek...skil masih banyak yang perlu dipertajamkan...
Ketiga cadangan ini diutarakan oleh suami ku..supaya berniaga nasi bungkus pagi...dicadangkan agar aku menjual nasi dagang, nasi berlauk (masakan kelantan..) untuk makan pagi...menarik juga cadangan ini...idea ini diutarakan oleh hubby ku setelah balik raya dari kampung. katanya..nasik dagang makbonda aku buat memang sedap..so dr c2 timbul idea utk berniaga nasi....cadangan ketiga ini sedang aku fikir2kan...ada baiknya juga cadangan ini...aku hanya berniaga didepan rumah hanya sehingga jam 10 pagi...selebihnya aku masih lg boleh meneruskan kegiatan menjahit..dan juga yang lain2.
Pagi td aku sudah menelefon makbonda menyatakan hasrat ku ini, dgn bebesar hati mak bonda setuju untuk memberi tunjuk ajar...siap akan menolong aku dlm masa 2 bulan pertama...cuma ku pinta diberi masa untuk berfikir lagi...makbonda memang berminat dlm biz makanan nih..jd bila ada anak yang berminat...makbonda tersangat la hepi....tetapi masih ada kelemahan aku disini..aku sememangnya tidak pandai memasak...nasi dagang aku hanya tahu makan..seumur hidup ini...dh nk mencecah umur 30 tahun aku belum pernah sekali memasak nasik dagang...
Jadi apakah keputusan aku?????? aku mintak masa hingga ke tahun depan..untuk di fikirkan..sementelah aku skrg masih terikat dengan kerja yang bukan senang untuk aku berhenti dalam masa terdekat...mau bos aku giler meroyan bila aku nk berenti keje.....
hopefully aku dapat membuat keputusan secepat yang mungkin...