Tuesday, November 23, 2010

Hari Raya Aidiladha 2010


Khadijah Annisa with Fatin Humaira..di kg.

Hari Raya Aidil Adha kali ni..kami raikkan di kg halaman aku...juga pertama kali dalam sejarah hidup aku..aku smpi di kg aku jam 11pagi di pagi raya...agak tghari..ini kerana mmg jammed teruk di malam hari raya tersebut.

Kami bergerak dari KL jam 1 pg..bygkan perjalanan kami yg panjang itu...tidak lupa juga kami sempat tidur di Stesen Minyak di Bentong...kerana hubby tidak larat nk meneruskan perjalanan kerana sepanjang perjalanan..kereta mmg tidak pernah surut...


Lembu Korban mak mertua utk anak2 nya..dibuat di rumah aku...di Hari Raya Ke-2


Riang anak kecil bermain pasir pantai..di Pantai Irama, Bachok


Jammed di Jambatan menghala ke Bandar Terengganu...

Balik ke KL kami melalui negeri Terengganu Darul Iman..sengaja kami melalui negeri ini memandangkan cuti masih ada lagi...sesekali berjalan makan angin mmg menyeronokkan...disamping itu juga kami memang berniat untuk mandi pantai bagi melayan kehendak puteri kami tu...tapi malangnya sekejap sahaja puteri kami mandi pantai disebabkan hujan lebat...


Mandi laut di Rantau Abang, Terengganu

Dari Terengganu kami menghala pula ke Kuantan... dan kami bermalam di rumah kakak sulung aku...pepagi seusai sarapan pagi..kami bergegas pula ke Pantai..untuk tujuan menyambung hajat mandi pantai...akhirnya kami singgah di Pantai Beserah sahaja w.pun plan asal adalah untuk ke Pantai Cherating...

Di sini aku pun turut sama mandi pantai w.pun pada mulanya hanya menjadi penonton setia..ini dek pujukan puteri kecik aku dan jugak Putera raja yang bersungguh2 mengajak mandi sama...akhirnya bagi tidak menghampakan aku turun jugak...bagi memenuhi kehendak orang2 yang aku sayang...


Mandi Pantai di Pantai Beserah Kuantan..


kakak ralit bermain pasir...


Setelah hampir 2 jam kami di Pantai kami terus bertolak balik ke Kuala Lumpur...


Karak Highway otw blk ke KL..jammed...

Selesai sudah perjalanan kami ini..setibanya di Kuala Lumpur...

Kuantan 25hb Disember 2010 ini tunggu kedatangan kami sekali lagi untuk bercuti di Gambang Water Park bersama keluarga aku....

No comments: