Assalamualaikum....lama x update blog slalu jengguk tapi x update boleh gitu...
Kali ni aku nk update kek yang dah lama pun menjadi buah mulut & kegilaan ramai..Snowy Cheese Cake @ pun nama melayu Kek Keju Meleleh....
Kek ini yang ditempah oleh jiran aku untuk Birthday anak lelaki dia...
Memula kek ni aku buat sbb teruja utk mencuba macam mana membuat kek ini saja...aku buat kali pertama masa besday aku 10/11...aku post di FB...sume komen nmpk mcm sedap...1st time makan aku x suka....tapi anak dara sorang kt umh ni suka sgt...Inchik Suami pun kata sedap..sume kata sedap yang mana aku bagi rasa...
Kali-2 aku buat atas permintaan adik lelaki aku...katanya terliur nk rasa kek ni...
Kali-3 atas permintaan sepupu2 aku ingin merasa keenakkan kek ini....dalam masa 2 minggu aku buat 3 biji kek ini...
Kali ke -4 dan seterunya aku buat untuk jualan...jualan kek ini bermula apabila kawan adik aku mula nk membeli kek ini..kerana kek yang aku beri sblm ini tidak puas dia makan...bermula dari titik ini alhamdullilah belum putus yang menempah...sepupu aku juga menolong mengambil tempahan...
Jadi disini aku kongsikan resepi kek ini....
Ini pek yang aku jual kecil & Besar selain dari sebijik kek...aku buat pek-pek juga..
Tekstur kek ini....yummy bukan...aku dah mula suka dgn kek ini..
Snowy Cheese Cake
Loyang 8”
Bhn utk kek:
6 biji telur
100gm gula castor
100gm tepung superfine / gandum / hongkong. (sy guna
superfine )
60gm tepung jagung
50gm air sejuk (air dr peti sejuk)
1 sudu teh baking powder
2 sudu mkn ovellete
1 sudu teh Essen vanilla ( tambah sdiri)
75gm butter (dcairkn)
CARA:
1. Masuk semua bhn kecuali butter cair & putar.
2. Putar dgn kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.
3. Masukkan butter cair (lps tu pukul guna spatula shj)
4. Bakar selama 40 - 60 minit ikut jenis oven, suhu150 cc.
KRIM :
1 kotak (250gm) cream cheese
1/2 tin susu pekat ( ikut rs takut manis kang)
Putar bhn2 ni smpi x bketul.
TOPPING:
1/2 kotak Kraft cheddar cheese @ lebih..ikt suka parut pling
halus
Klu nk cheese meleleh boleh tambah whiping cream..yg ini x der sukatan aku buh ikt citarasa jer...tapi bubuh sikit2 ya...